Episod separuh akhir Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) baru-baru ini sekali lagi membuktikan mengapa rancangan ini telah menjadi fenomena luar biasa. Dengan pertarungan vokal yang menggoncang pentas dan kejutan-kejutan yang tidak disangka, separuh akhir Ahad lalu telah mencatatkan peningkatan undian yang luar biasa, menjadikan ia antara episod paling mendebarkan dalam sejarah CSOIAM! Kini, lima finalis terbaik Jimi, Zazzleen, Kai Deva, dan Marygrace bersedia untuk berentap habis-habisan dalam perebutan gelaran juara yang dinanti-nantikan pada malam final, 9 Februari 2025.
Penantian semakin terasa, dan malam final Calpis Soda One In A Million yang bertemakan Malam Paling Fizz bakal menggegarkan seluruh negara. Final ini bukan sekadar menyaksikan persembahan luar biasa dari finalis, tetapi juga diwarnai dengan elemen kejutan yang pasti menggembirakan penonton. Apa yang lebih menarik, pihak penerbit terus membawa barisan artis-artis hebat untuk menghiburkan penonton di malam yang penuh bersejarah ini.
Antara selebriti yang bakal memeriahkan malam final CSOIAM adalah Biduanita Negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Ratu Rock Negara, Ella, penyanyi popular Faizal Tahir, dan aktor terkenal Indonesia, Nicholas Saputra. Dengan kehadiran nama-nama besar ini, pastinya malam final CSOIAM akan menjadi lebih gemilang!
Program realiti nyanyian ini bukan sahaja memberi peluang kepada bakat-bakat muda, tetapi juga telah mencipta impak yang luar biasa dengan kejayaan memikat hati penonton setiap minggu. Dengan semakin meningkatnya jumlah undian dan penonton, CSOIAM telah menjadi satu-satunya rancangan realiti nyanyian yang berjaya menjadi trending di platform X selama tujuh minggu berturut-turut. Ini membuktikan betapa besar minat penonton terhadap program ini.
![](https://tehtariktimes.com/wp-content/uploads/2025/02/6147440296707866168.jpg)
Pada malam final, penonton turut berpeluang untuk menentukan pemenang, dengan 40% keputusan ditentukan melalui undian penonton, sementara 60% lagi di tangan juri profesional. Jadi, peluang untuk menyaksikan siapa yang bakal membawa pulang hadiah utama berupa kontrak bernilai RM1 juta kini berada di tangan anda! Jangan lepaskan peluang untuk mengundi finalis kegemaran anda dan pastikan mereka menjadi juara pertama CSOIAM.
Pastikan anda menyaksikan episod akhir Calpis Soda One In A Million secara langsung di TV3 pada 9 Februari 2025, dari jam 9.00 malam hingga 11.00 malam, atau menstrimnya secara HD di aplikasi Tonton. Selain itu, 50 penonton bertuah akan memenangi hadiah menarik, menjadikan episod final lebih mendebarkan!
Jangan lupa untuk mengikuti sorotan eksklusif pengalaman peserta melalui Fizz Journal yang disiarkan setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam, bagi melihat lebih dekat perjalanan peserta CSOIAM. Untuk perkembangan terkini dan kejutan-kejutan seterusnya, ikuti media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag #OIAM. Fenomena luar biasa ini pastinya akan mencipta sejarah yang tidak dapat dilupakan!
Pastikan anda menjadi sebahagian daripada Road to Finale dan bersama kami menyaksikan siapa yang bakal dinobatkan sebagai juara pertama Calpis Soda One In A Million!