Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) mencatat kutipan pecah panggung sebanyak RM40.6 juta dalam masa 13 hari, menjadikannya filem animasi nombor satu di Malaysia. Dihasilkan oleh Primeworks Studios dan WAU Animation, filem ini meneruskan kejayaan filem pertama dengan skala lebih besar dan jalan cerita menarik, menjadi pilihan utama semua peringkat umur.
Pengarah, Encik Usamah Zaid Yasin, mengucapkan terima kasih kepada lebih 2.5 juta penonton yang menyokong animasi tempatan. Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Puan Nini Yusof, berharap kejayaan ini membuka peluang lebih luas bagi animasi Malaysia ke peringkat antarabangsa.
Untuk cuti sekolah ini, pawagam turut menawarkan aktiviti menarik seperti pertandingan mewarna, maskot, dan barangan eksklusif. Bawa keluarga menonton dan alami pengalaman penuh keseronokan dan pengajaran bermakna. Ikuti perkembangan dan konten eksklusif di YouTube rasmi Ejen Ali dan media sosial Primeworks Studios. Gunakan #ejenalithemovie2 #eatm2 #ejenali #letsplay #AniMY #sapotlokal #SaluteAnimatorTempatan – Tehtariktimes