Ramai anggap animasi hanya untuk budak-budak, tapi Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) buktikan sebaliknya! Kini ditayangkan di pawagam, filem ini bukan sekadar hiburan ringan ia sarat aksi, humor, nilai persahabatan dan emosi mendalam yang mampu buat penonton sebak. Dari plot twist yang dirancang rapi selama lima tahun hinggalah ke visual lokal yang memukau, EATM2 ialah karya penuh jiwa yang menyentuh pelbagai lapisan umur.
Watak-wataknya dibina dengan latar belakang dan konflik peribadi yang realistik, menjadikan hubungan antara mereka terasa hidup dan bermakna. Filem ini bukan sekadar sambungan daripada siri dan filem pertama, tetapi evolusi penuh dari segi cerita dan pembangunan watak. Penulis dan pengarah, Usamah Zaid Yasin, membawa penonton menyelami lapisan emosi dan cabaran watak secara mendalam, membuktikan penulisan skrip animasi bukan kerja mudah.
Walaupun berdepan cabaran pandemik dan kekurangan tenaga kerja, WAU Animation tetap komited menaik taraf kualiti visual dan naratif. Mereka turut berkolaborasi dengan freelancer dan studio luar untuk memastikan standard filem kekal tinggi. Keberanian WAU menentang arus arus pasaran dengan naratif kompleks ala Avatar dan Dragon Ball telah membuahkan hasil dalam bentuk naskhah animasi tempatan yang benar-benar luar biasa.
EATM2 adalah bukti bahawa animasi Malaysia mampu bersaing di pentas global, dengan cerita yang matang, visual menawan dan semangat tempatan yang kuat. Jangan sekadar dengar cakap orang—saksikan sendiri kehebatan Ejen Ali The Movie 2 di pawagam hari ini!
#EjenAliTheMovie2 #EATM2 #AniMy