DOLLA Kini Duta Yeo’s! Kempen ‘Totally Vibing’ Serlahkan Teh Sedia Minum Terbaik Malaysia

Yeo Hiap Seng (Yeo’s), jenama minuman terkenal dengan lebih 60 tahun warisan, kini tampil lebih segar dan dinamik dengan rangkaian Teh Yeo’s yang menarik. Menawarkan pilihan seperti Yeo’s Teh Lemon, Yeo’s Teh Hijau Jasmine, Yeo’s Teh Hijau Pucuk Awal, dan keluaran terbaharu Yeo’s Teh Buah Markisah, jenama ini turut memperkenalkan kumpulan muzik sensasi DOLLA sebagai duta rasmi bagi kategori minuman sedia diminum berasaskan teh.

Teh Yeo’s terus mengekalkan komitmen untuk menyediakan pilihan minuman yang lebih sihat dan menyegarkan kepada rakyat Malaysia. Gabungan bersama DOLLA, yang sinonim dengan gaya bertenaga dan kreativiti unik, memperkukuhkan misi jenama ini untuk menyampaikan pengalaman yang memberi inspirasi, mencetuskan kegembiraan, dan mencerminkan semangat jiwa muda.

“Kami sentiasa komited menyediakan pilihan minuman berkualiti tinggi kepada rakyat Malaysia. Melalui Kempen Yeo’s Totally Vibing, kolaborasi dengan DOLLA ini diharapkan dapat memberi inspirasi kepada generasi muda untuk meraikan kreativiti, keunikan, dan gaya hidup penuh tenaga,” ujar Lee Hon Seng, Pengurus Besar Yeo’s Malaysia.

Keistimewaan Rangkaian Teh Yeo’s

Keunikan Teh Yeo’s terletak pada penggunaan bahan berkualiti tinggi seperti aroma harum jasmin, jus lemon segar, daun teh hijau pucuk terawal, dan jus markisah. Teh-teh ini direneh segar tanpa bahan pengawet tambahan, memastikan rasa dan aroma yang asli.

Pilihan perisa seperti Yeo’s Teh Hijau Jasmine dan Yeo’s Teh Hijau Pucuk Awal memberikan rasa segar dan menenangkan, manakala Yeo’s Teh Lemon dan Yeo’s Teh Buah Markisah menawarkan letusan rasa semulajadi yang menyegarkan. Setiap produk juga melalui proses piawaian antarabangsa, diyakini HALAL, dan hadir dalam pelbagai saiz seperti 250ml, 380ml, 1 Liter, dan 1.5 Liter untuk memenuhi pelbagai keperluan.

Renda Low, Pengarah Pemasaran Yeo’s Malaysia, berkata, “Dengan DOLLA sebagai duta, kami membawa Teh Yeo’s ke tahap lebih tinggi. Kualiti produk yang hebat, wajah pek lebih segar, dan pelbagai pilihan rasa menjadikan setiap tegukan Teh Yeo’s penuh dengan vibe positif.”

Kempen ‘Totally Vibing’: Pengalaman Unik Bersama Yeo’s dan DOLLA

Pelancaran kempen ini diraikan dengan penuh meriah apabila Yeo’s dan DOLLA mengadakan acara menaiki tren khas oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Peminat berpeluang menikmati rangkaian Teh Yeo’s sambil menyaksikan persembahan eksklusif daripada DOLLA.

Kempen ini juga diserikan dengan lagu tema khas bertajuk ‘Yeo’s Totally Vibing’ yang dilancarkan di semua platform media sosial rasmi Yeo’s Malaysia. Lagu ini bukan sahaja menyerlahkan kolaborasi DOLLA dan Yeo’s, tetapi juga menampilkan elemen muzik yang menyeronokkan dan sesuai dinikmati semua lapisan masyarakat.

Yeo’s dan DOLLA juga merancang untuk memeriahkan Ramadan dan Raya dengan pelbagai kandungan interaktif dan aktiviti menarik. Peminat turut berpeluang mendapatkan gelas edisi terhad Yeo’s dengan pembelian minimum RM10 di pasaraya terpilih sepanjang kempen ini.

Kerjasama ini menjadi bukti gabungan kreativiti unik DOLLA dan misi Yeo’s untuk menyampaikan pengalaman penuh inspirasi. “DOLLA terkenal dengan bakat luar biasa mereka, termasuk vokal, tarian, dan rap yang memukau. Kami yakin gabungan ini mampu menginspirasikan generasi muda untuk memilih gaya hidup yang segar dan penuh bertenaga,” kata Brandon Chan, Pengarah Inovasi Perniagaan, Universal Music Group (Malaysia).

DOLLA, yang pernah tampil di papan iklan Times Square, New York, dan memenangi Anugerah Kumpulan Popular Terbaik di ABPBH, menjadi simbol kreativiti dan semangat generasi muda masa kini.

Ikuti perjalanan kempen ini melalui media sosial rasmi Yeo’s Malaysia di @Yeos.MY untuk menikmati kandungan eksklusif dan interaktif sepanjang kempen. Jangan lepaskan peluang menyaksikan keunikan kempen ini dan merasai vibe yang hanya boleh didapati bersama Yeo’s dan DOLLA!