Dari Skrin ke Seoul: Tonton & Menang Percutian Eksklusif Ramadan Ini

Ramadan terus diraikan sebagai bulan penuh keberkatan dan refleksi, di samping menjadi momen istimewa untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga. Sama ada selepas berbuka puasa atau menjelang sahur, waktu santai ini sering dimanfaatkan untuk menonton maraton drama kegemaran. Menghangatkan lagi suasana, Tonton memperkenalkan kempen khas Tonton & Menang: Hantu Puasa Belanja Terbang Ke Seoul yang berlangsung dari 4 Mac hingga 19 Mac 2026, menjanjikan pengalaman tontonan yang lebih mendebarkan serta penuh ganjaran.

Kempen ini menawarkan keistimewaan apabila setiap tontonan akan memaparkan markah pengguna sekali gus membuka peluang untuk merangkul hadiah utama yang lumayan. Sepanjang tempoh kempen, pengguna boleh menikmati pelbagai judul bergenre thriller serta Tonton Original Series terpilih yang sarat dengan elemen suspen, misteri dan plot twist tidak dijangka, menjadikan setiap sesi tontonan lebih mendebarkan dan mengujakan sepanjang Ramadan.

Bagi menyertai kempen ini, orang ramai hanya perlu mengimbas kod QR pada poster atau melayari laman web rasmi sebelum klik “Log Masuk” atau “Langgan Sekarang”. Peserta boleh log masuk menggunakan akaun sedia ada atau mendaftar sebagai pengguna baharu, kemudian menonton mana-mana filem atau siri dalam senarai Hantu Puasa Special Checklist. Setiap tontonan yang layak akan direkodkan secara automatik dan menyumbang kepada kedudukan di papan pendahulu, manakala pengumuman pemenang akan dibuat menerusi media sosial rasmi Tonton atau e-mel berdaftar.

Sebagai kemuncak kempen, seorang pemenang bertuah bakal memenangi pakej percutian enam hari empat malam ke Korea Selatan dan berpeluang membawa seorang teman sebagai peneman perjalanan. Ditaja oleh Ikhlas.com, hadiah istimewa ini merangkumi penerbangan pergi balik, penginapan selesa serta pengalaman terpilih di Seoul. Ganjaran eksklusif ini bukan sahaja menyemarakkan lagi kemeriahan Ramadan, malah menjanjikan kenangan yang sukar dilupakan.

Orang ramai disarankan agar tidak menunggu saat akhir kerana tempoh penyertaan hanya sehingga 19 Mac 2026. Layari laman web rasmi dan mula strim sekarang kerana setiap tontonan bukan sahaja menghangatkan malam Ramadan, malah membawa peserta selangkah lebih dekat ke destinasi impian. Untuk maklumat lanjut mengenai rancangan kegemaran, ikuti akaun rasmi Tonton di Facebook, X, TikTok dan Instagram @tontonmy.