Peminat muzik balada dan lagu cinta penuh emosi bakal disajikan dengan konsert eksklusif “Sebuah Kisah Volume 1” oleh band terkenal Indonesia, Dadali, yang akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada Sabtu, 5 Julai 2025, dari jam 9:00 malam hingga 11:00 malam. Dikenali sebagai “King of Sad Song”, Dadali akan membawakan lagu-lagu hit seperti “Disaat Aku Mencintaimu”, “Disaat Aku Tersakiti”, “Disaat Sendiri”, dan “Sebuah Kisah”. Konsert ini turut menampilkan Ronnie Hussein sebagai artis jemputan, menambahkan lagi kemeriahan malam yang penuh emosi ini.

Terdapat empat kategori tiket yang ditawarkan iaitu RM188 (Free Standing), RM228 (Normal Seating), RM258 (Premium Seating) dan RM588 (VIP Box – maksimum 12 pax) yang turut merangkumi sesi Meet & Greet. Semua kategori tersedia dengan pelan ansuran serendah RM53.14 sebulan, bergantung kepada jenis tiket, melalui pilihan bayaran fleksibel seperti Atome, SPayLater, dan Grab PayLater.

Tiket kini boleh dibeli di laman rasmi www.myticketempire.com. Konsert ini dianjurkan oleh Ultimate Teamworks Malaysia, Ultimate Media dan BIZCreations, dengan sokongan daripada Tourism Malaysia serta kempen Visit Malaysia 2026, sebagai usaha memperkasakan industri pelancongan dan hiburan tempatan. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Cipot di talian 019-2794499 atau e-mel ke cipotredz@gmail.com. – Tehtariktimes