Cuti Sekolah Hebat dengan Ejen Ali 2!

Pada hari pertama cuti sekolah, 29 Mei, lebih 200,000 ‘ejen’ telah memenuhi pawagam sebagai permulaan yang menggegarkan untuk Ejen Ali The Movie 2 (EATM2). Dalam tempoh 8 hari tayangan, filem animasi ini berjaya mengumpul kutipan hebat sebanyak RM21.9 juta, menandakan sambutan luar biasa daripada penonton di seluruh negara.

Jumlah penonton EATM2 meningkat kepada 1.4 juta orang pada hari kelapan, mengukuhkan kedudukannya sebagai filem pilihan utama keluarga sepanjang musim cuti sekolah. Suasana di pawagam sangat meriah dengan kehadiran peminat dari pelbagai lapisan umur, terutamanya keluarga yang tidak melepaskan peluang menempah tiket awal.

Selain menikmati aksi mendebarkan di layar perak, para pengunjung juga dapat menyertai aktiviti menarik seperti sesi mewarna untuk anak-anak, beramah mesra dengan maskot Ejen Ali, dan membeli barangan koleksi edisi terhad yang dijual khas di pawagam.

Ejen Ali The Movie 2 bukan sekadar hiburan, tetapi juga menyampaikan mesej bermakna serta kisah persahabatan dan pengorbanan yang menyentuh perasaan. Filem ini sangat sesuai untuk ibu bapa yang ingin menghabiskan masa berkualiti bersama anak-anak dengan tontonan yang menyeronokkan dan penuh nilai positif.

Kini, pawagam menjadi pusat “markas” para ejens! Terima kasih atas sokongan anda semua. Teruskan misi bersama keluarga anda pada hujung minggu ini untuk cuti sekolah yang penuh aksi dan penuh misi!

Ejen Ali The Movie 2 filem animasi untuk semua lapisan umur! Kongsikan pengalaman anda menggunakan #ejenalithemovie2 #eatm2 #ejenali #AniMY #sapotlokal #SaluteAnimatorTempatan – Tehtariktimes