Nadhif Basalamah Live Malaysia – Menjaga Hati Asia Tour 2025 Kuala Lumpur

Penjaga hati anda, Nadhif Basalamah bakal menggegarkan Kuala Lumpur pada 11 September 2025 melalui konsert istimewa Menjaga Hati Asia Tour 2025 Live in Kuala Lumpur. Ya, anda tidak salah dengar! Si bujang berusia 25 tahun dengan vokal merdu dan penuh ketenangan ini akan bertemu secara langsung dengan peminat di The Exchange Hall, Petaling Jaya. Kuala…

Read More

KONSERT MUZIK KITA DIJADUALKAN SEMULA KE DISEMBER 2025

Menggabungkan barisan artis popular tanah air, sistem bunyi bertaraf antarabangsa, dan konsep persembahan unik yang meraikan muzik tempatan, Konsert ‘Muzik Kita’ sememangnya menjadi antara acara paling dinanti peminat pada tahun ini. Namun, bagi memastikan setiap detik persembahan mencapai tahap kualiti tertinggi, pihak penganjur Hard Global Ventures mengumumkan bahawa konsert ini akan dijadualkan semula ke Disember…

Read More

Craig David Gegar Kuala Lumpur dengan Konsert Eksklusif “Craig David Presents TS5” pada 10 November 2025

Raja R&B dan UK Garage dari United Kingdom, Craig David, akan kembali memukau peminat Malaysia melalui konsert eksklusif “Craig David Presents TS5: Live in Kuala Lumpur” pada 10 November 2025 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur. Konsert ini istimewa kerana ia menandakan kemunculan semula Craig David ke Malaysia selepas lebih 10 tahun, mengubat rindu para…

Read More

Pestapora Malaysia 2025: 25,000 Peminat Satukan Jiwa di Bukit Jalil

Stadium Nasional Bukit Jalil sekali lagi menjadi medan pertemuan para peminat muzik dari Malaysia dan Indonesia apabila “Latihan Pestapora Malaysia 2025” berlangsung penuh gilang-gemilang pada malam Sabtu lalu. Acara anjuran bersama Hitman Solutions dan Boss Creator itu berjaya memecah sempadan hiburan serantau menerusi kolaborasi dua hala antara artis dua negara. Dengan membawa konsep “latihan” menjelang…

Read More

Ayda Jebat Tersenarai dalam 2 Anugerah Melodi Terhangat 2025, Mampukah Ulangi Kejayaan 2016

Ayda Jebat kembali mencetuskan sensasi di pentas hiburan tanah air apabila tersenarai sebagai calon dalam dua kategori utama Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025) iaitu Selebriti Stailo Terhangat dan Selebriti Couple Goals Terhangat. Dua pencalonan ini membuktikan bahawa Ayda masih menjadi antara figura paling berpengaruh dalam dunia seni, walaupun industri hiburan kini dibanjiri dengan ramai…

Read More

Bintang R&B Alternatif Korea: Tabber, Rad Museum & Miso Bakal Gegar Malaysia 4 Oktober Ini!

Peminat muzik R&B alternatif Korea bakal disajikan dengan pengalaman eksklusif apabila label terkenal you.will.knovv, yang diasaskan oleh DEAN, memilih Malaysia sebagai salah satu destinasi dalam jelajah Asia sulung mereka! Konsert istimewa ini akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 4 Oktober 2025 (Sabtu), jam 8 malam dan dianjurkan oleh TopGallant Show. you.will.knovv, yang ditubuhkan pada…

Read More

Slam X Exists Hidupkan Kembali Zaman Keemasan Rock di Mega Star Arena, 26 Julai Ini

Dua nama besar dalam sejarah muzik Malaysia, Slam dan Exists, akan bersatu dalam satu konsert istimewa yang bakal menggamit emosi dan nostalgia peminat pada 26 Julai ini di Mega Star Arena Kuala Lumpur. Dinamakan ‘Slam X Exists – Our Journey’, konsert ini bukan sekadar persembahan biasa, sebaliknya adalah sebuah catatan perjalanan penuh warna dua kumpulan…

Read More

Sheila Majid 40 Tahun: Legasi Seni yang Menjadi Nadi Muzik Nusantara

Kepercayaan terhadap kredibiliti Altus Prohouse sebagai penganjur konsert berprestij di Malaysia tidak lagi boleh dipersoalkan. Tahun demi tahun, mereka membuktikan keupayaan dengan penganjuran acara berskala besar yang bukan sahaja berjaya dari sudut komersial, malah meninggalkan impak mendalam dalam industri hiburan tempatan. Tahun ini, Altus Prohouse sekali lagi melakar sejarah apabila tampil menganjurkan sebuah konsert mega…

Read More

Industri Indie Ujian Demi Ujian: Festival Aku. Muzik & Kamu 2025 Ditunda ke November

Harapan untuk melihat festival muzik alternatif terbesar tempatan berlangsung pada Ogos ini terpaksa ditangguhkan. Festival Aku. Muzik & Kamu Indie 2025 atau AMK Indie 2025 secara rasmi akan dianjurkan pada 29 hingga 30 November 2025 di Sepang International Circuit, susulan sambutan yang masih belum cukup kuat daripada peminat tempatan. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak…

Read More

‘Eternal Love’ BCL: Jaclyn Victor dan Dennis Lau Lengkapkan Malam Cinta Tanpa Noktah

Nama Bunga Citra Lestari atau BCL sentiasa sinonim dengan karya cinta yang menyentuh jiwa. Penyanyi, pelakon dan penghibur ternama Indonesia ini bakal kembali menyapa para peminatnya di Malaysia menerusi sebuah konsert eksklusif yang menjanjikan pengalaman istimewa dan penuh emosi. Dibawakan oleh Pulse Project Asia, konsert yang diberi judul BCL: Eternal Love – Timeless Romance akan…

Read More