Calpis Soda One In A Million Trending, Perjalanan Top 6 ke Pentas Final Semakin Sengit!

Sudah empat minggu berlalu sejak Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) bermula, dan kini pertandingan semakin mendebarkan apabila hanya tinggal enam peserta terbaik yang akan meneruskan perjuangan mereka! Daripada Top 20 kini ke Top 6, episod keempat ini penuh dengan emosi, kejutan, dan detik-detik yang membuktikan bahawa CSOIAM adalah lebih daripada sekadar bakat – ia adalah gabungan kehebatan menyeluruh untuk menjadi “one in a million.”

Dengan hanya empat minggu lagi menuju ke pentas final, penonton semakin tidak sabar untuk mengetahui siapa yang bakal dinobatkan sebagai juara. Dalam episod keempat, panel juri tetap, Dato’ Yusry dan Ziana Zain, semakin tegas memberikan komen kritikal. Salah satu momen paling hangat adalah kritikan terhadap Rezza Shah, yang walaupun memperoleh imuniti pada episod pertama, gagal memberikan persembahan yang memukau. Sebaliknya, persembahan menyentuh hati daripada Zazleen berjaya membuatkan Ziana Zain sebak sehingga menitiskan air mata.

Hael Husaini, selaku juri jemputan minggu ini, turut memberikan standing ovation kepada beberapa peserta, menunjukkan kualiti luar biasa yang ditampilkan di pentas CSOIAM. Namun, dua peserta, Rezza Shah dan Alya Mardien, tersingkir pada episod ini. Walaupun ramai bersetuju dengan keputusan penyingkiran Rezza Shah, pemergian Alya mencetuskan kontroversi apabila penonton merasakan dia layak untuk mara lebih jauh.

Kini, Top 6 yang tinggal – Marygrace, Jimi, Zazleen, Eylia Guntabid, Mariam, dan Kai Deva – akan berentap dalam episod kelima dengan tema “Evolusi AJL”, mempersembahkan lagu-lagu ikonik dari pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).

Episod ini menyaksikan Jimi terus mengungguli perhatian dengan dinobatkan sebagai Juara Terpaling Fizz untuk minggu keempat berturut-turut. Setelah memikat hati penonton dengan duet bersama Aina Abdul pada minggu sebelumnya, kali ini beliau beraksi dengan Misha Omar, menyampaikan persembahan yang dijangka penuh keajaiban.

Sementara itu, Marygrace mencuri tumpuan apabila berpeluang berduet dengan Datuk Ramli Sarip, membawa lagu-lagu legenda seperti “Nyanyian Serambi” dan “Doa Buat Kekasih”. Persembahan tersebut mendapat pujian tinggi daripada semua juri, sekali gus mencipta sejarah di pentas CSOIAM.

Episod keempat juga mencatat fenomena luar biasa apabila terus trending di platform X, TikTok, dan Instagram, dengan lebih 4 juta tontonan setiap episod. Isu hangat seperti penyingkiran Alya Mardien, kritikan pedas terhadap Rezza Shah, dan persembahan hebat peserta lain menjadi topik perbincangan utama di media sosial.

Dalam episod kelima, Top 6 bakal menampilkan lagu-lagu AJL yang ikonik, mencabar kemampuan vokal, persembahan, dan penghayatan mereka. Dengan format pemarkahan 40% undian penonton dan 60% penilaian juri profesional, sokongan peminat memainkan peranan penting untuk memastikan peserta kegemaran mereka mara ke pusingan akhir.

Calpis Soda One In A Million bukan sekadar pertandingan, tetapi sebuah fenomena yang mencipta sejarah dalam industri hiburan Malaysia. Jangan lepaskan peluang menyaksikan aksi hebat peserta setiap Ahad, jam 9.00 malam, secara langsung di TV3 atau strim dalam HD di Tonton.

Bagi mereka yang mengikuti rancangan ini, rebut peluang untuk memenangi sebuah PEUGEOT Landtrek bernilai RM123,000!

Selain itu, sorotan eksklusif perjalanan peserta melalui Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal boleh disaksikan setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam.

Ikuti perkembangan terkini di media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag rasmi #OIAM