Dalam usaha memperluaskan jaringan perniagaan dan menawarkan pengalaman yang lebih baik kepada pelanggan, CA Prestige Gold Sdn. Bhd. memeterai kerjasama strategik bersama ASTO Hotel. Majlis menandatangani kerjasama itu turut disertakan dengan sidang media serta penyerahan emas fizikal kepada ahli Revolusi Prime Gold yang memenuhi syarat kelayakan berdasarkan transaksi masing-masing.

Menerusi kerjasama ini, pelbagai program syarikat akan dijalankan di ASTO Hotel termasuk latihan, seminar, persidangan dan aktiviti pembangunan usahawan. Lokasi yang lebih selesa dan lengkap diharap dapat memudahkan perjalanan program serta memberi nilai tambah kepada pelanggan dan ahli.
Kerjasama tersebut juga membolehkan ahli CA Prime Gold menikmati tawaran kadar khas bagi penginapan dan penggunaan fasiliti hotel. Pada masa sama, kedua-dua organisasi akan berganding bahu menganjurkan pelbagai acara seperti sidang media, pelancaran produk dan program korporat yang mampu mengukuhkan hubungan antara industri hospitaliti dan perdagangan emas.

Dalam majlis berkenaan, CA Prestige Gold turut menyerahkan emas fizikal kepada ahli yang telah membuat pembelian mengikut kontrak jual beli syarikat. Syarikat menegaskan semua aktiviti yang dijalankan melibatkan jual beli emas fizikal serta pengurusan keahlian adalah mematuhi undang-undang Malaysia dan segala manfaat yang diberikan kepada ahli adalah berdasarkan polisi syarikat, bukannya pulangan pelaburan atau jaminan keuntungan.











