BYD SEAL 6 EV Dilancar Global di Malaysia: Era Baharu Sedan Segmen-C Bermula

BYD Sime Motors, pengedar rasmi BYD di Malaysia, hari ini melakar sejarah dengan pelancaran antarabangsa sulung model BYD SEAL 6 EV. Pelancaran ini menandakan komitmen BYD untuk memperkukuh pasaran kenderaan elektrik (EV) tempatan, sekaligus menetapkan penanda aras baharu bagi segmen sedan segmen-C di Malaysia.

BYD SEAL 6 EV memperluas portfolio BYD dengan menampilkan gabungan teknologi EV terkini, reka bentuk moden dan keselesaan premium. Model ini dicipta untuk menjadikan mobiliti elektrik lebih menarik serta mampu dimiliki rakyat Malaysia, seiring visi BYD membentuk masa depan pengangkutan yang lebih pintar dan lestari.

Dengan slogan “Era Baharu bagi Sedan Segmen-C – Kejituan. Keseronokan. Penjajaran.”, BYD SEAL 6 EV menampilkan keunikan dalam prestasi dan pengalaman pemanduan. Kejituan hadir melalui sistem suspensi canggih serba baharu dan pacuan roda belakang, menjanjikan kawalan mantap dan keyakinan penuh di jalan raya. Keseronokan pula terserlah dengan kabin mewah, senyap dan ergonomik, dilengkapi teknologi keterhubungan moden. Penjajaran antara kedua-dua aspek ini memastikan setiap pemanduan memberikan hubungan yang sebenar dan menyeronokkan.

Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Sime Motors Asia Tenggara, berkata, “BYD SEAL 6 EV menetapkan penanda aras baharu dalam pasaran EV Malaysia. Dengan reka bentuk menarik, inovasi canggih dan ciri praktikal, kami yakin model ini akan menarik lebih ramai rakyat Malaysia untuk beralih kepada pengangkutan elektrik. Disokong oleh rangkaian cawangan kami yang semakin meluas, kami komited untuk memberi pengalaman menyeluruh dari segi jualan hinggalah selepas jualan.”

Turut hadir, Eagle Zhao, Pengarah Urusan BYD Malaysia, menekankan keseimbangan nilai dan inovasi yang ditawarkan oleh model ini. “BYD SEAL 6 EV direka sebagai kenderaan elektrik yang canggih tetapi tetap mampu milik. Dengan jarak pemanduan jauh, teknologi pintar dan harga berpatutan, ia adalah pilihan ideal untuk pemanduan harian rakyat Malaysia.”

Model ini membawa enam ciri utama dalam kelasnya: sistem suspensi MacPherson dwisendi bebola dengan suspensi belakang berbilang pautan, pacuan roda belakang (RWD), saiz terbesar dalam segmennya, pengendalian unggul dengan jejari pusingan 5.5 meter, 24 ruang simpanan pintar dengan kapasiti kargo 525L, serta kuasa 160kW dan tork 330Nm yang membolehkan pecutan 0-100km/j dalam 7.5 saat dengan tiga mod pemanduan.

Di Malaysia, BYD SEAL 6 EV ditawarkan pada harga antara RM100,000 hingga RM115,800, dengan tiga pilihan warna luar Arctic White, Harbour Grey dan Misty Blue serta pilihan dalaman hitam/kelabu. Pelanggan awal turut berpeluang menikmati pakej pelancaran eksklusif bernilai sehingga RM6,000, termasuk pengecas dinding percuma, rebat tunai, dan perkhidmatan pengecasan mudah alih “Power Up” oleh Sime Platinum 4+.

Bagi menjamin ketenangan fikiran pemilik, model ini hadir dengan pakej waranti komprehensif: waranti kenderaan 6 tahun atau 150,000km, waranti unit pacuan 8 tahun atau 160,000km, dan waranti bateri bilah voltan tinggi selama 8 tahun atau 160,000km.

Pelancaran ini turut mengukuhkan strategi BYD Sime Motors memperluaskan rangkaian cawangan di seluruh negara, dengan 37 lokasi operasi ketika ini dan sasaran mencapai 50 cawangan menjelang akhir 2026. Sejak kemasukannya ke pasaran Malaysia, BYD telah mencatatkan lebih daripada 20,000 unit jualan, membuktikan keyakinan pengguna terhadap jenama ini.

Tempahan BYD SEAL 6 EV kini dibuka di semua cawangan BYD di Malaysia. Untuk maklumat lanjut, layari byd.simemotors.my atau ikuti BYD Cars Malaysia di Facebook dan Instagram. Pertanyaan lanjut boleh dibuat melalui talian Perkhidmatan Pelanggan di 1300-38-1888.