Pengalaman mobiliti elektrik BYD yang diidamkan kini semakin mudah diakses oleh rakyat Malaysia di seluruh wilayah utama. BYD Sime Motors, pengedar rasmi kereta BYD di Malaysia, sedang menggiatkan usaha peluasan rangkaian runcit dan selepas jualan premium dengan pesat, dengan lebih 40 bilik pameran di seluruh negara. Pada masa yang sama, syarikat ini turut memperkukuh sokongan selepas jualan dengan sasaran menyediakan 34 pusat perkhidmatan menjelang 2026, termasuk penyiapan sembilan pusat servis baharu.
Bagi memperluas kehadiran melangkaui kawasan pusat bandar serta memenuhi keperluan pelanggan dengan lebih berkesan, BYD turut mengembangkan operasinya ke bandar-bandar kedua di beberapa negeri. Di selatan, rangkaian BYD berkembang di Johor melalui pembukaan BYD Muar dan BYD Kluang. Di Pantai Timur pula, BYD Kuala Terengganu baru ditubuhkan bagi memanfaatkan peningkatan permintaan terhadap kenderaan elektrik di negeri tersebut, melengkapkan rangkaian sedia ada seperti BYD Kuantan dan BYD Kota Bharu.


BYD MUAR DAN BYD KLUANG

Wilayah utara juga menyaksikan perkembangan kukuh dengan pembukaan BYD Sungai Petani, BYD Juru serta Pusat 3S BYD Ipoh yang meningkatkan kebolehcapaian jualan dan perkhidmatan selepas jualan. Kemudahan di Ipoh ini turut menampilkan hab pengecas EV pertama di bandar tersebut yang dilengkapi pengecas DC 240kWh dan 180kWh, sekali gus menawarkan kemudahan serta kebolehpercayaan tambahan kepada pelanggan.



Di wilayah tengah pula, Pusat 3S BYD Sri Hartamas yang terletak di dalam sebuah pusat beli-belah mengintegrasikan jualan, servis dan alat ganti di bawah satu bumbung. Konsep ini membolehkan pelanggan menggabungkan pengalaman pemilikan kenderaan dengan rutin harian mereka secara lebih lancar dan mudah.

Rangkaian BYD yang semakin meluas ini turut disokong oleh 12 Pusat Baik Pulih dan Cat Badan Kenderaan, dengan lebih banyak kemudahan bakal diperkenalkan pada masa hadapan. Langkah ini mencerminkan komitmen BYD dalam memastikan keyakinan pemilikan jangka panjang serta membangunkan ekosistem sokongan yang kukuh untuk pelanggan di Malaysia.
Sebagai jenama kenderaan elektrik bateri (BEV) nombor satu negara selama tiga tahun berturut-turut, pertumbuhan strategik ini mencerminkan peningkatan kepercayaan pengguna terhadap BYD serta mobiliti elektrik secara keseluruhan. Pada tahun 2025 sahaja, BYD telah menyerahkan sebanyak 14,407 kenderaan, iaitu peningkatan 68 peratus berbanding tahun 2024. Jenama ini berjaya memperoleh 10,000 pelanggan pertama dalam tempoh 20 bulan dan menarik 10,000 pelanggan seterusnya dalam tempoh 13 bulan selepas itu. BYD juga melonjak daripada berada dalam kelompok 10 jenama kereta teratas pada 2024 kepada jenama keenam terlaris di Malaysia pada 2025, selain muncul sebagai jenama bukan nasional keempat terlaris. Syarikat ini berada di landasan kukuh untuk mencapai 30,000 pelanggan di Malaysia menjelang April 2026.
Pengarah Urusan BYD Malaysia, Eagle Zhao, berkata pencapaian ini mencerminkan kerjasama kukuh antara BYD dan Sime Motors serta komitmen bersama untuk meningkatkan standard pemilikan EV di Malaysia. Menurut beliau, rangkaian yang komprehensif membolehkan BYD menyediakan sokongan menyeluruh sepanjang kitaran pemilikan kenderaan, selain memberikan keyakinan jualan semula yang lebih tinggi kepada pelanggan. Setiap outlet baharu juga direka bagi memberikan pengalaman bilik pameran yang lebih baik, selaras dengan janji BYD untuk menggabungkan teknologi canggih dengan persekitaran premium yang berfokuskan pelanggan.
Beliau menambah bahawa sebagai jenama BEV terkemuka negara, fokus BYD adalah jelas untuk mengutamakan keperluan rakyat Malaysia sambil terus mengembangkan rangkaian nasional dan memperkukuh setiap titik perhubungan pelanggan. Pihaknya turut menghargai kepercayaan yang diberikan oleh komuniti pelanggan BYD dan kekal komited untuk menyokong mereka dengan kemudahan, keyakinan serta tahap penjagaan yang semakin baik.
Selaras dengan pembukaan bilik pameran baharu pada 2026, BYD Sime Motors juga akan melancarkan BYD Mansion di Macalister, Pulau Pinang, iaitu outlet utama yang menggabungkan unsur budaya tempatan dalam falsafah reka bentuknya bagi mewujudkan ruang premium yang unik. Reka bentuk baharu ini akan diperkenalkan secara berperingkat di bilik pameran lain, selaras dengan kepercayaan syarikat bahawa setiap titik perhubungan pelanggan harus mencerminkan identiti korporat BYD serta komuniti yang menerima perkhidmatannya.
Mengulas perjalanan jenama yang memberangsangkan ini, Pengarah Urusan Asia Tenggara Sime Motors, Jeffrey Gan, berkata kadar penerimaan kenderaan elektrik menunjukkan rakyat Malaysia semakin terbuka menerima mobiliti mampan. Menurut beliau, walaupun beroperasi dalam pasaran yang semakin kompetitif, syarikat itu telah membuktikan keupayaan serta daya tahan yang kukuh. Tahun ini juga membuka peluang baharu untuk memperkukuh kehadiran BYD di seluruh negara dengan memberi tumpuan kepada pengalaman pelanggan yang lebih premium, selain menyampaikan penyelesaian mobiliti pintar dan sifar pelepasan. Usaha ini diyakini penting bagi merangsang penggunaan EV yang lebih meluas di Malaysia.
Pelaburan berterusan BYD dalam infrastruktur selepas jualan turut menangani kebimbangan pelanggan berkaitan penyelenggaraan dan tempoh masa henti kenderaan. Bagi memastikan pemilik memperoleh ketenangan fikiran, sokongan diberikan oleh sekumpulan 80 juruteknik EV bertauliah yang dilatih di BYD Academy, selain disokong oleh gudang alat ganti berpusat yang memastikan ketersediaan alat ganti secara cekap. Bagi pelanggan, ini bermakna tempoh menunggu yang lebih singkat, ketelusan perkhidmatan yang lebih baik serta jaminan bahawa kenderaan mereka berada di tangan pakar.
Dengan penekanan terhadap pertumbuhan rangkaian, kebolehcapaian pengecasan, keupayaan teknikal serta persekitaran runcit premium, BYD Sime Motors sedang membina infrastruktur dan ekosistem perkhidmatan yang diperlukan untuk menyokong fasa seterusnya penggunaan EV di Malaysia. Usaha ini juga memberi keyakinan kepada bakal pembeli untuk beralih kepada mobiliti elektrik.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web rasmi BYD Sime Motors atau mengikuti BYD Cars Malaysia di Facebook dan Instagram. Sebarang pertanyaan juga boleh diajukan dengan menghubungi talian BYD Sime Motors di 1300-38-1888.