Bintang R&B Alternatif Korea: Tabber, Rad Museum & Miso Bakal Gegar Malaysia 4 Oktober Ini!

Peminat muzik R&B alternatif Korea bakal disajikan dengan pengalaman eksklusif apabila label terkenal you.will.knovv, yang diasaskan oleh DEAN, memilih Malaysia sebagai salah satu destinasi dalam jelajah Asia sulung mereka! Konsert istimewa ini akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 4 Oktober 2025 (Sabtu), jam 8 malam dan dianjurkan oleh TopGallant Show.

you.will.knovv, yang ditubuhkan pada 2017, cukup dikenali dengan pendekatan sonik yang inovatif, mencampurkan elemen atmosferik dan emosional dalam muzik mereka. Konsert ini menjanjikan persembahan unik daripada tiga artis teras mereka – Tabber, Rad Museum, dan Miso – yang akan menampilkan karya-karya terbaik mereka secara langsung buat peminat Malaysia.

Tabber, yang pernah mencuri tumpuan menerusi “Deep End Mix Tape” dan rancangan “Show Me The Money” musim ke-10, bakal kembali ke Malaysia selepas kemunculan terakhirnya. Beliau dikenali dengan suara garau yang memikat serta keupayaan beralih dari rap ke vokal balada dengan mudah. Album terbarunya, Madness Always Turns to Sadness (2023), memperkukuhkan lagi kedudukannya dalam dunia muzik alternatif Korea.

Rad Museum, yang juga kembali ke pentas Malaysia, merupakan pemenang Anugerah Album R&B Terbaik di Korean Hiphop Awards 2023 menerusi album RAD. Sejak debut dengan EP Scene (2017), Rad Museum terus bereksperimen dengan bunyi-bunyian baharu dalam album-album seperti GIRL (2023) dan HOME SICK (2024).

Sementara itu, Miso akan membuat penampilan sulungnya di Malaysia. Sebagai artis Korea pertama yang menyertai Red Bull Music Academy, Miso cukup dikenali dengan gaya tersendiri serta lagu-lagu seperti “Take Me”, “Let It Go”, dan “Alone”. Kolaborasi beliau bersama nama-nama besar seperti Epik High, Crush, dan PREP menjadikan kehadirannya sangat dinanti-nantikan.

Tiket kini boleh didapati di my.bookmyshow.com, my.trip.com dan www.ctrip.com pada harga berikut (tidak termasuk yuran tempahan):

  • VIP (Berdiri & Tempat Duduk): RM538
  • CAT 1 (Berdiri): RM338
  • CAT 2 (Tempat Duduk): RM238
  • VIP BOX: Hubungi penganjur melalui DM media sosial atau WhatsApp di +012-8162218

Untuk maklumat lanjut, layari: www.topgallantshow.com