Sempena kehadiran Syawal, Astro, peneraju industri hiburan di Malaysia, tampil dengan pelbagai sajian Raya yang segar dan merangkumi televisyen, radio serta platform digital. Bertemakan ‘Bila Bersama, Lagi Jadi’, rangkaian kandungan istimewa tahun ini direka untuk menghidupkan detik berkumpul, menghadirkan cerita, muzik dan hiburan yang menyatukan emosi penonton, bila-bila masa, di mana sahaja, sepanjang musim perayaan.
Tahun ini, Astro menonjolkan elemen fesyen tempatan melalui kolaborasi bersama Novak Batik bagi menghasilkan visual Raya yang memadukan keindahan batik klasik dengan rekaan kontemporari. Sentuhan ini bukan sahaja menyerlahkan warisan budaya Malaysia, tetapi juga menguatkan mesej kempen bahawa setiap perayaan lebih bermakna apabila tradisi dan kreativiti disatukan, mencipta pengalaman Raya yang indah, meriah dan dekat di hati penonton.
Filem pendek Raya Astro mengekalkan tradisi iklan tahunan dengan menampilkan elemen klasik seperti panjut Raya dan usung rumah, menekankan bahawa Raya lebih bermakna bila diraikan bersama. Iklan ‘Bila Bersama, Lagi Jadi’ mengisahkan persaingan lucu antara Samad (Adlin Aman Ramlie) dan Razak (Faizal Hussein) yang berlumba menyiapkan pelita panjut sehingga tanpa sedar memecahbelahkan komuniti kampung, sebelum menyedari bahawa semangat Aidilfitri sebenar adalah kebersamaan. Hasil pengarahan Hyrul Anuar (Think Tank), iklan 15 minit ini turut diserikan oleh selebriti popular termasuk Bell Ngasri, Noryn Aziz, Azhan Rani, Sharifah Shahirah, Auddra, ALPHA dan ramai lagi.

Astro turut mempersembahkan lagu Raya istimewa hasil kerjasama bersama Rocketfuel, sebagai teman rakyat Malaysia sepanjang Ramadan dan Syawal. Antara lagu yang dinanti termasuk Rindu Raya oleh ALPHA, Kampung Kita oleh Wani Kayrie, Duit Raya oleh Sharul Kamal dan Mierul Aiman, Lagu Raya Untukmu oleh Hael Husaini, Restu Raya oleh Nadeera, Senyum Gugur di Penghujung Doa oleh Dayang Nurfaizah, serta kolaborasi sulung Hael Husaini bersama ALPHA dalam lagu Raya Macam Raya, semuanya menjadi santapan muzik Raya yang meriah.


Menurut Azlin Reza Azmi, Naib Presiden Melayu, Antarabangsa, Kanak-Kanak & On Demand, Astro, Raya merupakan musim yang meraikan kebersamaan dan kegembiraan. Melalui tawaran kandungan, lagu-lagu perayaan serta inisiatif komuniti, kempen ini menekankan nilai hubungan, keharmonian dan detik bermakna sepanjang sambutan Raya. Beliau berharap penonton dapat menikmati tawaran Raya Astro bersama insan tersayang kerana ‘Bila Bersama, Lagi Jadi’. Astro juga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua.
Di platform televisyen, Astro Ria menayangkan 16 telefilem khas Raya bermula 1 Syawal dengan pelbagai genre, termasuk drama kekeluargaan, komedi dan kisah inspirasi. Antara sorotan adalah Dia Bukan Syurga Raya, spin-off megadrama tentang dua beradik jatuh cinta pada wanita sama, Kerikil Depan Rumah, kisah tragik pasangan suami isteri, dan Raya Jujur Je, komedi keluarga yang menghiburkan. Astro Prima pula menampilkan drama penuh emosi seperti Doa Sang Pendosa, Antara Dua Takbir, Lembayung Jiwa, Sebatas Waktu, Menantu Mentua Pujaan, Lawak Nak Mati, 3 Andartu Cancel Raya, dan Raya Rumah Mami yang menyentuh pelbagai aspek kekeluargaan dan budaya.
Selain itu, empat drama Ramadan Raya diteruskan, termasuk Andai Itu Takdirnya 2, Sujud Terakhir Encik Norman, Keluarga Iskandar 3, Mencari Isteri Sempurna, dan siri animasi komedi Kisah Bawah Tanah, yang memadukan unsur mitos, humor slapstik dan situasi kontemporari.
Program hiburan dan variasi turut memeriahkan Syawal, termasuk Konsert GenKRU, Majlis Tertinggi Rockqueen Ella 2026, Sembilu The Reunion Live In Concert, Gegar Vaganza Raya Special, Bombastika Raya, MeleTOP Raya, Talk To My Manager Raya, Dapur Bapak-Bapak Raya, Misi Lawak Superstar, dan Budak GenZI. Semua rancangan ini boleh ditonton secara On Demand di Astro GO dan sooka.
Peminat sukan disajikan dengan program khas Raya di Astro Arena, termasuk Nadi Khas Projek Ramadan, Nadi Arena Raya 1 & 2, dan Arena Ketupat Rendang, yang menggabungkan bola sepak, talkshow dan elemen hiburan.
Astro First menayangkan filem animasi pecah panggung Papa Zola The Movie mulai 19 Mac 2026, dan drama kekeluargaan Abah Saya Uncle Mike bermula 2 April 2026. Astro Shaw pula menampilkan filem Malaikat Malam (26 Mac 2026) dan Mikael: Pemburu Dua Alam (2 April 2026) di pawagam.
Di platform digital, Astro Gempak menawarkan siri khas Raya seperti Travel Balik Utara, Gempak Most Wanted Raya, dan Sayang Ajar Masak Raya, yang menampilkan hiburan, gaya hidup dan pengalaman perayaan. Astro Audio pula menampilkan inisiatif istimewa di stesen radio termasuk Kenduri Raya ERA, Raya di Pejabat SINAR, Kurung Raya THR GEGAR, Troli Raya ZAYAN, dan program tempatan di Sabah dan Sarawak. Julung kali, Astro Audio melancarkan lagu Raya Inilah Raya menampilkan hampir 20 penyampai radio.
Bagi pelanggan Astro, Pek Astro One bermula dari RM49.99*, membolehkan pengalaman strim mudah dan hiburan tanpa batas. Pelanggan juga boleh berkongsi kemeriahan Raya melalui pelekat Raya eksklusif di WhatsApp.
Astro turut meneruskan tanggungjawab sosial korporat melalui pengagihan carepacks dan program Kami Care Bubur Lambuk di beberapa lokasi, termasuk Bazar Ramadan Telawi dan Kampung Baru, dengan kemuncak acara menghimpunkan kesemua 13 stesen Astro Audio di masjid di Bangi, Selangor pada penghujung Ramadan.
*Tertakluk pada terma dan syarat.