Tidak seperti program realiti televisyen biasa, Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) terus membuktikan bahawa populariti bukanlah satu-satunya elemen yang dicari. Konsistensi dalam kualiti menjadi keutamaan, seperti yang ditampilkan sejak episod pertama. Program berprestij yang menawarkan hadiah lumayan bernilai RM1 juta ini semakin mencuri perhatian apabila episod minggu kelima menyaksikan tiada penyingkiran, walaupun enam peserta telah tersingkir pada episod pertama.
Selepas episod keempat yang penuh debaran dengan penyingkiran dua peserta, Rezza Shah dan Alya, minggu kelima membawa kejutan besar. Enam peserta terbaik, iaitu Jimi, Zazleen, Eylia Guntabid, Siti Mariam, Kai Deva, dan Mary Grace, berjaya mengekalkan tempat mereka dan bakal meneruskan perjuangan pada minggu keenam. Bertemakan “Evolusi AJL”, persembahan minggu kelima menonjolkan kematangan dan kreativiti setiap peserta, yang terus memukau juri profesional.
Jimi yang berduet dengan legenda Misha Omar menerima pujian melambung daripada Cakra Khan, manakala Zazleen mencuri tumpuan dengan gaya unik dan vokalnya yang menonjol. Tidak kurang hebatnya, Mary Grace, Eylia Guntabid, dan Siti Mariam yang mempersembahkan aksi bertenaga, sementara Kai Deva memikat hati peminat dengan gaya sederhana tetapi autentik.
Keputusan juri memberikan 60% kuasa pemarkahan, sekali gus menjadi pelindung kepada enam peserta ini daripada kehendak 40% undian peminat yang mungkin mengharapkan penyingkiran. Namun, keputusan ini bukan sekadar menyelamatkan mereka tetapi juga memberi tekanan untuk terus menampilkan persembahan terbaik minggu hadapan.
Bagi minggu keenam, peserta akan berhadapan dengan cabaran unik bertemakan “Saling Menyengat, Fizz Sangat!”. Mereka bakal berduet dengan bintang tanah air seperti Marsha Milan, Shiha Zikir, Haqiem Rusli, Khai Bahar, Aisha Retno, dan Amir Masdi.
Persoalannya, mampukah mereka menyesuaikan diri dan membuktikan kemampuan untuk bersinergi dengan nama-nama besar ini? Berkolaborasi dengan penyanyi terkenal bukan sahaja menguji vokal tetapi juga kebolehan peserta untuk ‘hidup’ dalam industri hiburan.
Selain menikmati persembahan menarik, penonton juga berpeluang memenangi hadiah berupa sebuah PEUGEOT Landtrek bernilai RM123,000! Jangan lepaskan peluang ini dengan terus menonton Calpis Soda One In A Million, yang disiarkan secara langsung setiap Ahad, jam 9.00 malam di TV3, atau strim dalam kualiti HD di Tonton.
Untuk mendalami kisah di sebalik tabir, saksikan Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal yang bersiaran setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam.
Ikuti perkembangan program dan pengumuman menarik mengenai pasangan duet peserta di media sosial rasmi @CalpisSodaOIAMTV3. Gunakan hashtag #OIAM untuk bersama-sama mencipta fenomena ini.
Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara dan membawa pulang hadiah utama bernilai RM1 juta? Saksikan sendiri perjalanan luar biasa ini dalam minggu-minggu mendatang!