‘BBF’ karya pertama dari Kumpulan MUAH!

Kumpulan muzik baharu, MUAH!, yang diketuai oleh vokalis terkenal Naim Daniel, kini bersedia untuk memikat hati pendengar dengan lagu pertama mereka berjudul ‘BBF’. Naim, yang telah terkenal di industri muzik tempatan dan pernah meraih gelaran Anugerah Juara Lagu, memulakan kariernya sebagai pelakon kanak-kanak sebelum melangkah ke dunia muzik sebagai penyanyi dan pencipta lagu.

Lagu ‘BBF’ merupakan hasil pertama mereka selepas menyertai Sony Music Entertainment Malaysia. MUAH! yang berpusat di Kuala Lumpur dan mengusung genre pop rock dalam karya mereka. Selain Naim Daniel sebagai vokalis dan pemain gitar utama, kumpulan ini juga dianggotai oleh Zenith (gitar), Tasneem (bass), Mairil (dram), dan Ayai (keyboard).

Mengangkat tema perhubungan, ‘BBF’ menggambarkan situasi seorang lelaki yang terjebak antara kekasihnya dan seorang kawan lelaki yang berusaha menawan hati kekasih tersebut. “Lirik lagu ini ditulis dengan gaya yang mudah dan menggunakan bahasa pasar agar pendengar dapat merasai kedekatan dengan cerita yang kami sampaikan,” jelas Naim.

Proses rakaman lagu ini berjalan lancar berkat kerjasama yang baik dalam kumpulan. Mereka melakukan beberapa sesi latihan dan rakaman sebelum menghasilkan versi akhir. Namun, cabaran muncul apabila penerbit mereka mengalami kecederaan telinga selepas pulang dari penerbangan. “Walaupun keadaan sukar, kami saling membantu dan bertukar idea untuk memastikan rakaman berjalan lancar,” tambah mereka.

bbf

MUAH! berharap agar ‘BBF’ dapat diterima dengan baik oleh pendengar. “Kami ingin lagu ini menembusi pasaran muzik tempatan dan juga antarabangsa,” kata mereka penuh harapan.

Lagu ‘BBF’ dijadualkan dilancarkan pada 20 September 2024 dan boleh dimuat turun di iTunes serta dinikmati di semua platform digital seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube, dan YouTube Music. Dengan pelancaran ini, MUAH! berhasrat untuk menjadi salah satu nama yang dikenali dalam industri muzik Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *