Fenomena drama Hilang Dalam Rindu semakin hangat! Kali terakhir hype sebegini tercetus di Malaysia adalah menerusi Melur Untuk Firdaus lakonan Anna Jobling dan Meerqeen. Kini, spotlight penuh tertumpu pada pasangan baru kegemaran ramai , Jazmy Juma dan Tracie Sinidol.
Apa yang buat mereka jadi bualan? Jawapannya mudah chemistry natural. Setiap renungan mata, senyuman manis dan dialog mereka terasa begitu hidup, seolah-olah menonton pasangan sebenar. Paling menarik, walaupun tanpa adegan bersentuhan, dua bintang muda ini tetap berjaya buat penonton cair dan tersipu malu.
Bukan di Malaysia sahaja, peminat dari Indonesia pun ikut terbawa perasaan. Malah ada yang berharap wujud adegan lebih mesra, contohnya komen yang viral: “Berharap banget ada adegan pelukan Eijas sama Aira, sekali pun gapapa ”.
Keserasian mereka juga terbukti off-screen. Dari video TikTok sampai balas-membalas komen, interaksi spontan Jazmy dan Tracie membuatkan ramai percaya mereka adalah perfect couple di dalam dan luar drama. Tidak hairanlah bila timeline TikTok dan Twitter dibanjiri fan edits, fan art, fan fiction, malah hashtag mereka sentiasa trending setiap kali episod baru ditayangkan.
Disebabkan sambutan luar biasa ini, peminat mula mendesak supaya Jazmy dan Tracie kembali bergandingan selepas drama tamat. Malah, ada yang yakin mereka adalah pasangan “perfect match” generasi baru drama Malaysia.
Baru-baru ini dalam TikTok Live Drama Sangat bersama Dato’ Rosyam Nor dan Jazmy, lebih 3,000 penonton membanjiri ruangan komen dengan harapan Hilang Dalam Rindu disambung ke musim kedua. Ada juga yang cadangkan dibuat HDR Raya Special!
Kalau dulu Anna Jobling & Meerqeen digelar golden couple drama Malaysia, kini baton itu seakan berpindah kepada Jazmy & Tracie. Populariti mereka makin melonjak, chemistry diakui ramai, dan sokongan peminat antarabangsa jelas menjadikan mereka pasangan drama baru paling ikonik.
Tinggal 3 episod terakhir! Jangan lepaskan pengakhiran penuh emosi Hilang Dalam Rindu, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di slot Samarinda TV3. Episod baru juga boleh distrim 24 jam lebih awal di Tonton.