Artis Baharu dari UK, Farhana Ali Lancar Single Sempena Bulan Ramadan

Universal Music Malaysia kini mengumumkan kelahiran sebuah karya yang penuh dengan jiwa, berjudul “Alhamdulillah, it’s Ramadan”, yang dibawakan oleh bintang yang semakin bersinar dari UK, Farhana Ali. Lagu ini akan diterbitkan melalui label yang terkenal dengan inspirasi dakwahnya, Masyhur, menandakan satu tonggak bersejarah dalam perjalanan Farhana Ali merentasi dunia muzik global sambil memuliakan kebesaran bulan Ramadan.

Alhamdulillah, it’s Ramadan” mewakili esensi rasa syukur dan dedikasi, menangkap jangkaan dan berkat masa suci ini, dan apa yang bermakna untuk memberi kembali kepada komuniti.

Diilhamkan daripada bakat vokal Farhana yang kaya dan dedikasinya yang tulus, lagu itu pasti dapat bergema dengan pendengar di seluruh dunia, menawarkan jemputan menawan untuk mengharungi perjalanan rohani Ramadan. Dengan lirik yang positif dan melodi yang menggembirakan, lagu ini berfungsi sebagai peringatan yang menyentuh tentang nilai belas kasihan, perpaduan dan renungan.

Alhamdullilah, it’s Ramadan ini ditulis oleh saya untuk mengungkap intipati dan semangat bulan Ramadan. Rakaman lagu tersebut sangat mudah kerana saya dapat bekerjasama dengan beberapa penerbit hebat yang membuatkan saya berasa selesa ketika proses rakaman,” kata Farhana mengenai lagu tersebut.

Saya mahu lagu ini membawa kebahagiaan dan harapan dalam menantikan ketibaan bulan Ramadan!” tambah Farhana. “Pesanan dalam video tersebut adalah mengenai hidup bermasyarakat dalam satu komuniti, perpaduan, memberi kembali dan mengalu-alukan semua orang tanpa mengira kepercayaan masing-masing. Ia melambangkan harapan, kebersamaan dan kegembiraan bersama satu sama lain. ‘Miracles can happen, it’s the holiest month’ yang bermaksud keajaiban boleh berlaku, ini adalah bulan paling suci’ – merupakan petikan coretan lirik yang diambil daripada lagu itu dan saya rasa keseluruhan pesanan daripada video saya mempamerkan perkara ini dengan cara yang indah.

“Seingat saya, ada empat hari untuk saya membuat persediaan buat video ini, dari konsep hingga, dekorasi, penyediaan makanan, pakaian dan lain-lain. Tetapi Alhamdullilah saya mempunyai sokongan team dan komuniti yang hebat sehingga semuanya dapat dijalankan dengan begitu mudah. Kami memulakan penggambaran pada pukul 10 pagi di sebuah pusat pemberian makanan di London. Kami menampilkan aktiviti harian para peniaga yang akan mengatur barangan makanan sebelum diserahkan kepada masyarakat yang memerlukan. Adegan yang paling saya sukai adalah scene kami menjamu selera beramai-ramai, seperti kami sedang berbuka puasa bersama, berkongsi makanan, dan saling berkomunikasi dengan penuh kegembiraan. ”

Farhana mendoakan agar lagu ini berjaya dengan cemerlang, dan orang ramai akan merasai keindahan lagu itu.

Farhana Ali memulakan lembaran baharu yang menarik ini bersama Universal Music Malaysia melalui lagu “Alhamdulillah, it’s Ramadan”; sebuah lagu yang menjanjikan keindahan mesej yang mendalam dan melodi yang menyentuh jiwa.

Untuk maklumat lanjut, ikuti kami di @masyhur.official @universalmusic_my dan @farhanaalimusic

Mengenai Universal Music Malaysia

Universal Music Malaysia ialah syarikat muzik terkemuka yang memperjuangkan artis dari pelbagai latar belakang, genre dan budaya. Dengan komitmen terhadap kecemerlangan dan inovasi, Universal Music Malaysia terus memberi inspirasi kepada penonton dan membentuk landskap muzik di seluruh dunia.

Tentang Farhana Ali

Farhana Ali ialah vokalis berbakat yang berasal dari UK, terkenal dengan suaranya yang merdu, lagu-lagu yang diilhamkan iman, dan wanita Muslim solo pertama di UK yang mengeluarkan album. Dengan keghairahan terhadap muzik yang merentasi sempadan, Farhana Ali menyampaikan gabungan unik melodi yang penuh perasaan dan lirik yang menyentuh hati yang dapat dirasai pendengar di seluruh dunia. Nantikan keluaran terbaharunya, “Alhamdulillah, it’s Ramadan,” dan sertai dia dalam perjalanan muziknya menuju keimanan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *