KamiSempoi International Agency (KSIA) terus mengekalkan kedudukan sebagai Platinum Agency No. 1 di Malaysia serta berada dalam senarai Top 7 TikTok Agency di Asia Tenggara. Tahun ini, mereka mengukuhkan lagi reputasi tersebut melalui penganjuran KamiSempoi Golden Award 2024 – sebuah acara berprestij yang bukan sahaja memberi penghargaan kepada para live host dan rakan niaga, tetapi juga meraikan kejayaan luar biasa KSIA sepanjang tahun lalu.
Majlis anugerah gemilang ini akan diadakan pada 12 Mei 2024 di Galaxy Banquet Hall, Sentul, Kuala Lumpur, bermula jam 8 malam dengan pembukaan acara red carpet. Edisi tahun ini menampilkan peningkatan besar dalam kategori anugerah, dengan 12 kategori untuk rakan niaga dan 15 kategori untuk live host daripada pelbagai latar belakang, termasuk selebriti, profesional, pelajar, suri rumah, serta golongan istimewa.
Lebih menarik, tiga kategori baharu diperkenalkan – Top Host KamiSempoi Malaysia, Indonesia, dan Singapura 2024. Pemenang utama daripada tiga ini akan dinobatkan sebagai Top Host KamiSempoi of The Year 2024.
Pengasas KSIA, Pakcik Chin Swee (To Chin Swee), menjelaskan bahawa penambahan kategori ini membuktikan semakin kukuhnya kepercayaan terhadap KSIA sebagai agensi TikTok dominan di rantau ini. Kini, KSIA menaungi 3,100 live host di Malaysia, 1,400 di Indonesia, dan 100 di Singapura, dibantu oleh 27 rakan niaga tempatan serta 9 rakan niaga dari Indonesia – peningkatan yang ketara berbanding tahun sebelumnya.
Acara ini turut menjadi medan untuk meraikan pencapaian hebat individu seperti Adelyn Heng, yang kini berada dalam senarai Top 3 live host Asia Tenggara dan Top 100 global. Beliau pernah mewakili Malaysia di pentas antarabangsa, dan kisahnya menjadi inspirasi ramai. Dari sudut rakan niaga pula, nama seperti BossKlan, KSIA Christ, dan Mentol Talent mencatatkan pendapatan diamond tertinggi, mencecah ratusan ribu ringgit.
Bagi memperkukuh kedudukan dalam industri hiburan digital, KSIA turut mengumumkan pelancaran label muzik rasmi mereka. Kerjasama sulung bersama Miaw Music melahirkan lagu bertajuk “KamiSempoi” ciptaan Kimchi Kacak, yang akan dipersembahkan secara eksklusif oleh Bulan Asyraf di malam anugerah.
Bulan Asyraf, yang dahulunya seorang busker jalanan, mula dikenali selepas ditemui oleh Pakcik Chin Swee dan diberi peluang menjadi live host. Popularitinya meningkat selepas berjaya ke peringkat akhir rancangan realiti Gimme The Mic, menjadikannya fenomena di media sosial.
Penubuhan label muzik ini mencerminkan komitmen KSIA untuk mencungkil bakat seni suara di kalangan live host dan rakan niaga di bawah naungannya, sekali gus membuka lebih banyak peluang emas untuk bakat tempatan. KSIA juga merancang untuk membuka cawangan di Sabah bagi memberi fokus kepada bakat dari Borneo, termasuk Sarawak.
Kisah kejayaan seperti Adelyn Heng menjadi bukti bahawa dengan bimbingan tepat, sesiapa sahaja boleh mencipta nama di peringkat global. Bermula dengan hanya 69 pengikut di TikTok dan tanpa pengalaman penyiaran langsung, kini beliau menjadi antara penyiar paling berpengaruh di platform tersebut.
KamiSempoi Golden Award 2024 bukan sekadar majlis penghargaan, tetapi simbol perjalanan, pengorbanan, dan kejayaan ratusan insan luar biasa. Ia adalah platform untuk memberi inspirasi, menyemarakkan semangat, dan membuka lebih banyak ruang kejayaan kepada bakat-bakat baharu. – Tehtariktimes