Anugerah Melodi kembali dengan wajah baharu menerusi Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025) selepas hampir 10 tahun menyepi. Lebih segar dan relevan, AMT 2025 meraikan bukan sahaja populariti tetapi juga pengaruh sebenar selebriti dalam era digital. Dengan tagline “Hangat Bukan Beshe-Beshe”, anugerah kali ini tampil dengan kategori yang mencerminkan trend semasa dan penilaian sepenuhnya melalui 100% undian awam di Tonton.

Antara kategori utama termasuk Selebriti Drama Sangat Terhangat (lakonan & impak drama), Tonton Original Terhangat (siri/filem Tonton paling mencetuskan perbualan), Selebriti Ikon Terhangat (pengaruh positif walau pernah kontroversi), serta Selebriti Couple Goals, Maskulin, Feminin, Muzik, Trending, Stailo dan Newcomer Terhangat. Anugerah kemuncak iaitu Ultimate Award Anugerah Melodi Terhangat pula mengiktiraf figura paling berpengaruh sepanjang tahun.

Menambah kemeriahan, PROTON tampil sebagai penaja rasmi menerusi Anugerah Pilihan X50 Superstar, berlangsung dari 5 hingga 26 Julai 2025. Selebriti dan pencipta kandungan diberi cabaran menghasilkan video kreatif bersama All-New PROTON X50 pemenang akan memenangi X50 serba baharu.
Undian kini dibuka sehingga 31 Julai 2025 di www.tonton.com.my/anugerahmeloditerhangat. Daftar akaun Tonton dan langgan TontonUP untuk mengundi: 1 bulan = 500 undian, 3 bulan = 2,500 undian. AMT 2025 adalah pentas sebenar untuk peminat menentukan siapa paling hangat di Malaysia! – Tehtariktimes