NEX, air mineral generasi baharu Malaysia, telah dilancarkan secara rasmi di Konsert Jiwa Kacau di Stadium Hoki Bukit Jalil dengan sambutan meriah. Ribuan pengunjung memenuhi booth NEX, teruja untuk menyertai permainan “spin & win” dan mendapatkan barangan edisi terhad jenama ini.
Kejutan utama malam itu ialah pengumuman Fattah Amin sebagai Duta Jenama NEX. Dengan personaliti tenang, gaya hidup aktif dan imej bersih, Fattah dianggap pilihan tepat untuk mewakili jenama yang menekankan kesejahteraan, ekspresi diri, dan semangat generasi masa kini.

Majlis pelancaran turut menampilkan tayangan perdana video rasmi NEX berdurasi 30 saat yang menggambarkan kesegaran dan gaya ekspresif jenama ini. NEX, berpegang pada falsafah Hydrate to Elevate, diperkaya dengan mineral semula jadi yang membantu mengekalkan kesejahteraan fizikal dan mental, memastikan anda sentiasa segar dan fokus dalam menjalani aktiviti harian.

Pelancaran ini juga menandakan bermulanya kempen peraduan “Hydrate & Win” yang berlangsung sehingga 22 Ogos 2025. Peminat berpeluang memenangi sesi ‘Day Out’ eksklusif bersama Fattah Amin dengan pembelian minimum RM10 produk NEX secara dalam talian serta ulasan di Shopee atau TikTok. Dua pembeli tertinggi pada hari konsert turut diumumkan sebagai pemenang terawal.
Kini, NEX boleh didapati di TikTok Shop dan Shopee (@nexbeverage), memudahkan pengguna untuk membeli sambil menyertai peraduan menarik ini. NEX bukan sekadar air mineral ia adalah gaya hidup dalam botol. Ikuti NEX di @nexbeverage di TikTok dan Instagram. – Tehtariktimes