TehTarikTimes

News, Entertainment and Lifestyles

PEKAP Meriahkan Sambutan Jubli Intan dengan Persembahan Artis Popular

Persatuan Kebajikan Anak-Anak Pahang di Ibu Kota (PEKAP) telah meraikan ulang tahun ke-60 penubuhannya menerusi Majlis Jamuan Diraja Sempena Sambutan Jubli Intan PEKAP di Dewan MATRADE, Kuala Lumpur.

Majlis tersebut diserikan dengan keberangkatan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bersama Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Antara persembahan yang mencuri perhatian ialah penampilan Dato’ Jamal Abdillah, Dato’ Ahmad Tarmimi Siregar, Roslan Madun, Orked Farhan, Qierra Saari dan Haikal Farid. Persembahan kebudayaan serta Combo Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) turut memeriahkan majlis.

Lebih istimewa, lagu baharu berjudul “Anok Pahang” yang dihasilkan khas sempena Jubli Intan PEKAP turut diperkenalkan menerusi persembahan Keroz Nazri. Lagu tersebut menjadi simbol kecintaan terhadap negeri Pahang dan semangat persaudaraan anak-anak Pahang di perantauan.

Majlis turut menampilkan tayangan dokumentari khas yang mengimbau sejarah dan perjalanan PEKAP sejak penubuhannya pada 1966.