TehTarikTimes

News, Entertainment and Lifestyles

Sentuhan Kemanusiaan dan Keindahan Marin: Pelancaran Rasmi Filem ‘Takdir Terakhir: Last Dive’ Turut Tawar Cabaran OST Menarik

Poster rasmi filem Takdir Terakhir Last Dive memaparkan aksi penyelam skuba di dasar laut yang bakal ditayangkan di pawagam pada 3 Disember 2026

Pemeliharaan Marin dan Kisah Ketabahan Golongan OKU

Syarikat Produksi Seni Duapuluh Duapuluh Sdn. Bhd. secara rasmi melancarkan filem terbaharu arahan Datin Dr. Wendy Wong, TAKDIR TERAKHIR: LAST DIVE, dalam sebuah majlis meriah yang berlangsung di WTC, Kuala Lumpur. Menampilkan kelainan yang menyentuh hati, naskhah ini mengangkat tema pemeliharaan hidupan marin dan terumbu karang sambil meraikan ketabahan serta keupayaan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam aktiviti selam skuba. Membariskan pelakon popular seperti Aniq Durar, Shiqin Kamal, Amerul Affendi, Fify Azmi, Sandra Lim, Fauziah Latiff, serta penampilan istimewa Datuk Ras Adiba Radzi, filem penuh bermakna ini dijadualkan menemui penonton di seluruh pawagam tanah air bermula 3 Disember 2026.

Pertandingan Nyanyian OST Filem Takdir Terakhir Last Dive

Sebagai sebahagian daripada rangka promosi skala besar menjelang tayangannya, pihak penerbit turut menganjurkan Pertandingan Nyanyian Lagu Runut Bunyi (OST) yang terbuka kepada umum menerusi tiga kategori berbeza iaitu Pelajar, OKU, and Dewasa. Pertandingan ini menampilkan dua buah lagu tema rasmi iaitu Menemukanmu oleh Aiman Sidek dan Jangan Mati Di Sini oleh Dinie Rashid. Para peserta hanya perlu memilih salah satu lagu, merakam video nyanyian bahagian korus, memuat naik ke media sosial dengan menandakan @filemlastdive, serta mengisi borang pendaftaran digital yang disediakan.

Ganjaran Lumayan Percutian Pulau dan 10,000 Tiket Wayang Percuma

Lebih menarik, pelbagai ganjaran lumayan menanti 10 peserta terbaik termasuklah hadiah wang tunai, pakej percutian menarik di Summer Bay Resort (Pulau Lang Tengah), Paya Bunga Hotel, dan Happy Valley Eco-Farm, baucar tunai Giacomo, serta siri tiket wayang percuma yang terhad kepada 10,000 keping. Penganjuran pertandingan ini bukan sahaja bertujuan memeriahkan kempen promosi filem, malah menjadi platform terbaik menyemai kesedaran sivik dan inklusiviti sosial dalam kalangan masyarakat. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai cabaran ini sebelum filemnya mula beraksi di pawagam!