Pentas Muzik Berskala Besar Penutup Tirai 2026
Bulan penutup tirai 2026 bakal menyaksikan kemeriahan pentas hiburan tanah air apabila Astro menganjurkan dua konsert berskala besar secara berturut-turut pada awal Disember ini. Menerusi penganjuran Konsert Sooka pada 5 Disember dan disusuli Konsert Vaganza pada 6 Disember 2026, kedua-dua acara mega tersebut dijadualkan berlangsung tepat jam 8.00 malam bertempat di Idea Live Arena, 3 Damansara. Peminat seni muzik tempatan kini boleh bersiap sedia untuk menyaksikan persembahan bertenaga daripada barisan artis terkemuka dengan penjualan tiket yang telah dibuka secara rasmi.
Barisan Kumpulan Pop Rock dan Indie Menggegarkan Pentas Konsert Sooka
Malam pertama menerusi Konsert Sooka direka khusus untuk penggemar genre pop rock dan indie moden. Konsert ini membariskan nama-nama hebat seperti Kudrat Boys, The Lantis, Insomniacks, Bunkface, serta Kugiran Masdo. Gandingan kumpulan popular ini dijangka memukau ribuan penonton dengan seleksi lagu hit kegemaran ramai yang pasti mencetuskan suasana ‘sing-along’ yang luar biasa. Bagi memberikan pengalaman menonton yang optimum, sebanyak enam kategori tiket ditawarkan merangkumi ruang tempat duduk dan zon berdiri, iaitu DISTORT (RM128), ATTACK (RM188), MOSH (RM208), GIG (RM258), SOLO (RM288), dan RIFF (RM388).

Kemeriahan Malam Kedua Bersama Barisan Bintang Konsert Vaganza
Kemeriahan diteruskan pada malam kedua menerusi Konsert Vaganza yang menghimpunkan bintang-bintang legenda dan vokalis ternama tanah air. Pentas bakal digegarkan dengan penampilan ikon vokal Datuk Ziana Zain, Jaclyn Victor, Noh Salleh, Mimi Fly, serta sentuhan maestro muzik Dato’ Ramli MS. Turut memeriahkan acara ialah Tenxi, Odda, Ratu, Ammara, ALPHA, di samping kemunculan istimewa beberapa peserta Gegar Vaganza Fantasia. Konsert berprestij ini menawarkan sembilan variasi kategori tiket bermula daripada GEMPAK (RM188), MANAGER (RM288), SUPERSTAR (RM388), MELETOP (RM488), IMPIAN (RM488), STAGE (RM588), KILAUAN (RM588), HIGH COUNCIL (RM688), sehinggalah pas eksklusif GEGAR (RM788) yang melayakkan pembeli menyertai sesi istimewa Meet & Greet Soundcheck Experience.
Peminat yang tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini boleh membuat pembelian tiket bagi kedua-dua konsert secara dalam talian menerusi platform rasmi Ticketmelon di pautan https://www.ticketmelon.com/astro/konsert. Jangan lepaskan detik untuk meraikan pesta muzik akhir tahun paling epik ini, dan untuk mendapatkan perincian lanjut berkaitan konsert, layari laman sesawang rasmi gempak.com.













