
Siri telefon pintar unggul terbaharu daripada vivo, iaitu vivo X500 Series, mula menemui pengguna secara rasmi di pasaran Malaysia bermula 3 November 2026 dengan tanda harga bermula daripada RM4,699. Barisan peranti yang merangkumi model vivo X500 Pro Max, vivo X500 Pro, dan vivo X500 ini mengetengahkan teknologi pengimejan ZEISS termaju serta keupayaan video konsert yang dinaik taraf bagi memenuhi gaya hidup moden pengguna tempatan.
Mengetuai barisan perdana ini, vivo X500 Pro Max dilengkapi Kamera Telefoto ZEISS APO 200MP bersama sokongan vivo ZEISS Telephoto Extender Gen 2 Ultra setara 400mm untuk merakam perincian subjek jarak jauh dengan ketepatan luar biasa. Direka khusus buat peminat konsert dan persembahan pentas, siri ini diperkasakan oleh X-Track Engine dan fungsi Lock-On Subject Tracking bagi memastikan subjek yang bergerak sentiasa berada dalam fokus, di samping sokongan rakaman video 4K pada 120fps dan Auto Framing Fancam Video. Di samping kehebatan optiknya, siri ini turut mencatat sejarah tersendiri dengan kehadiran kapasiti bateri terbesar pernah diperkenalkan dalam siri X. Model vivo X500 Pro Max memuatkan bateri berkapasiti 7800mAh, manakala versi Pro dan standard masing-masing hadir dengan bateri 6510mAh dan 7500mAh, serta disokong oleh pengecasan pantas berwayar 90W dan wayarles 40W. Digerakkan oleh sistem operasi OriginOS 7 yang sarat dengan alat produktiviti pintar berasaskan AI, pengalaman penggunaan harian menjadi lebih lancar dan efisien.
Bagi meraikan pelancaran rasminya, vivo menawarkan pelbagai ganjaran eksklusif jualan pertama bernilai lebih RM3,400 yang sah dari 3 hingga 30 November 2026. Antara keistimewaan yang menanti pembeli termasuklah hadiah percuma vivo Buds Pro bernilai RM199, perlindungan komprehensif vivo Care bernilai RM2,167 yang merangkumi waranti lanjutan serta perlindungan lensa, dan langganan Google AI Pro 5TB selama tiga bulan bernilai RM293.97. Pelanggan turut layak menikmati rebat eksklusif sehingga RM680, diskaun produk IoT terpilih, serta kemudahan penjimatan menerusi program tukar-beli dan pelan ansuran mudah melalui rakan kerjasama seperti SPayLeterr dan Atome. Promosi menarik ini boleh didapati di semua saluran pengedaran sah selagi stok masih ada.












