TehTarikTimes

News, Entertainment and Lifestyles

Lebihi 70,000 Penonton! Ella Umum “Sidang Penutup” Di Unifi Arena Disember Ini Sebagai Kemuncak Majlis Tertinggi Rockqueen

Poster rasmi Konsert Sidang Penutup Ella di Unifi Arena Bukit Jalil yang dijadualkan berlangsung pada 5 Disember 2026

Kemuncak Siri Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen

Selepas melakar sejarah menghimpunkan lebih 70,000 peminat di tiga lokasi berbeza sepanjang tahun ini, Ratu Rock Malaysia Ella bakal menoktahkan siri persembahannya untuk tahun 2026 menerusi konsert kemuncak bertajuk “Majlis Tertinggi Rockqueen Ella di “Sidang Penutup”.

Dijadualkan berlangsung pada 5 Disember 2026 di Unifi Arena Bukit Jalil, konsert ini merupakan kesinambungan daripada kejayaan luar biasa di TM Stadium Nasional Bukit Jalil, Singapura dan Pulau Pinang. Penganjuran ini direalisasikan oleh Hitman Solutions bersama Rockqueen susulan permintaan tinggi peminat dan hasrat spontan Ella ketika menerima Anugerah Sri Wirama di AIM25 minggu lalu.

Inisiatif Audience Choice Dan Penghargaan Peminat

Bukan sekadar persembahan biasa, Sidang Penutup dirancang sebagai malam perayaan dan penghargaan buat penyokong setia yang tidak jemu mendokong karier seni Ella sepanjang empat dekad. “Setiap perjalanan pasti ada penghujungnya dan setiap cerita ada bab terakhirnya. Ella mahu kita menutup perjalanan Majlis Tertinggi Rockqueen tahun ini dengan penuh kegembiraan,” ujar Ella.

Menjadikan malam tersebut lebih bermakna, penganjur memperkenalkan inisiatif “Audience Choice” yang membenarkan peminat mengundi dan menentukan senarai lagu serta tema persembahan. Pendekatan interaktif ini mengangkat peminat sebagai sebahagian daripada proses kreatif konsert penutup ini.

Pelan tempat duduk dan harga tiket rasmi bagi Konsert Sidang Penutup Ella di Unifi Arena

Maklumat Penjualan Tiket Dan Rangkaian Konsert

Ketua Pegawai Eksekutif Hitman Group, En. Rohit Rampal menyifatkan kejayaan siri konsert ini membuktikan pengaruh Ella masih berpotensi. Tiket akan mula dijual pada 22 Oktober 2026 di www.hitmanlive.com bermula dari RM179 hingga BERHARGA RM. Jangan lepaskan peluang untuk mencipta kenangan penutup kalendar 2026 bersama legenda rock kesayangan ramai ini.