
Pendekatan terhadap penjagaan kesihatan dalam kalangan anak muda kini mengalami pendekatan yang cukup ketara apabila golongan Gen Z dan Milenial tidak lagi melihat kesejahteraan sekadar dari sudut kecergasan fizikal semata-mata. Menerusi dapatan terbaharu “Asia Pacific Wellness Culture Survey 2026” oleh Herbalife, generasi muda di Malaysia kini mendepani amalan gaya hidup menyeluruh dengan memberi tumpuan seimbang kepada aspek fizikal, emosi, mental dan sosial. Transformasi ini membuahkan hasil positif apabila lebih separuh daripada pengguna muda tempatan melaporkan peningkatan kualiti hidup yang ketara berbanding tiga tahun lepas.
Perubahan corak pemikiran ini turut diterjemahkan menerusi tindakan harian yang konsisten, menyaksikan 62 peratus Gen Z dan 54 peratus Milenial di negara ini terlibat secara aktif dalam pelbagai aktiviti kesihatan, sekali gus mengatasi purata nasional pada paras 53 peratus. Berbeza dengan generasi terdahulu yang lebih menumpukan kepada kekuatan jasmani. Golongan Gen Z meletakkan kualiti tidur serta pengurusan tekanan mental sebagai keutamaan utama yang ingin ditambah baik, disusuli oleh penjagaan pemakanan dan pengurusan berat badan secara berdisiplin demi kelangsungan jangka panjang.

Menurut Pengarah Kanan dan Pengurus Besar Herbalife Malaysia dan Singapura, Steven Chin, komitmen anak muda ini menjadi penggerak utama kepada pembentukan komuniti yang sihat. Pada masa sama, kesedaran tinggi terhadap kesihatan turut membuka peluang keusahawanan baharu apabila golongan Gen Z kini membentuk 10.4 peratus daripada pengedar aktif Herbalife, disokong oleh lebih 1,100 Kelab Pemakanan serta kerjasama strategik bersama pihak berkuasa tempatan.
Selain itu, kajian tersebut turut menyerlahkan peranan penting ekosistem digital dalam membentuk tabiat sihat belia masa kini. Lebih separuh daripada responden Gen Z mengakui bahawa platform media sosial dan komuniti dalam talian memberikan impak positif yang ketara terhadap kesejahteraan emosi, mental dan fizikal mereka dan mampu mengatasi pengaruh lingkungan rakan serta keluarga dalam membina motivasi harian.
Bagi memperkukuh sokongan terhadap pembudayaan gaya hidup aktif ini, Herbalife terus menjalinkan kerjasama erat bersama Kementerian Belia dan Sukan, termasuk bertindak selaku rakan kesejahteraan dan pemakanan bagi Hari Sukan Negara (HSN) 2026. Inisiatif kolaboratif ini menjadi medan menyatukan komuniti fizikal dan digital agar dapat saling menyokong, berkongsi panduan serta mengekalkan momentum penjagaan diri yang menyeluruh dalam kalangan rakyat Malaysia.
