Peminat Anna Jobling dan Jazmy Juma kini berpeluang bertemu lebih dekat dengan dua pelakon popular itu menerusi sesi Meet & Greet eksklusif yang bakal berlangsung di The Starhill, Kuala Lumpur pada 8 Ogos 2026.
Pertemuan istimewa itu diadakan susulan sambutan hangat terhadap drama Yes! Captain Zul Aaryan yang menyaksikan gandingan Anna dan Jazmy semakin mencuri perhatian penonton.
Lebih menarik, 30 peminat terawal yang mendaftar berpeluang merakamkan foto eksklusif bersama Anna dan Jazmy. Pendaftaran bagi sesi Meet & Greet akan dibuka bermula jam 12 tengah hari pada 8 Ogos.
Sejak tayangan perdananya, Yes! Captain Zul Aaryan terus mendapat perhatian di media sosial. Berdasarkan data Meltwater, drama tersebut merekodkan 900 juta capaian media sosial, 74.4 juta tontonan video dan 2.44 juta interaksi bagi tempoh 18 Mei hingga 5 Ogos 2026.
Selain sesi Meet & Greet, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai aktiviti sepanjang Cadbury Dairy Milk Biscoff Pop Up yang berlangsung dari 6 hingga 9 Ogos 2026.
Antara pengalaman yang ditawarkan termasuk menghasilkan bar coklat dengan nama sendiri, merakam gambar di ruang khas yang direka untuk media sosial serta menyertai pelbagai aktiviti interaktif bersama keluarga dan rakan.
Acara tersebut bukan sahaja ditujukan kepada peminat coklat, malah menjadi tarikan buat penggemar kandungan media sosial dan peminat setia Anna Jobling serta Jazmy Juma yang mahu mencipta kenangan bersama insan tersayang.
Cadbury Dairy Milk Biscoff Pop Up berlangsung di The Starhill dari 6 hingga 9 Ogos 2026, bermula jam 10 pagi hingga 10 malam. Pada 9 Ogos, acara akan berlangsung sehingga jam 9.30 malam.
Bagi sesi Meet & Greet pada 8 Ogos, pendaftaran dibuka mulai jam 12 tengah hari dan peluang bergambar bersama Anna Jobling serta Jazmy Juma hanya diberikan kepada 30 peminat terawal.
Orang ramai yang ingin mendapatkan perkembangan terkini boleh mengikuti TV3 Malaysia dan Drama Sangat menerusi platform media sosial rasmi mereka.











