Air Mata Penonton Mengalir, ‘Rangga & Cinta’ Sentuh Hati Ramai!

Majlis tayangan Rangga & Cinta di GSC One Utama pada Sabtu, 15 November 2025 berlangsung dalam suasana penuh keterujaan apabila pelajar UiTM Puncak Alam hadir beramai-ramai, membawa semangat dan keterujaan sendiri ke pawagam. Sejak tiba, gelak tawa, perbualan rancak dan sesi bergambar bersama rakan-rakan sudah menghidupkan dewan, menandakan betapa tidak sabarnya mereka untuk menyelami kembali kisah cinta ikonik ini.

Dikuasakan oleh Samsung Galaxy S25 FE, acara ini menjadi lebih meriah apabila tiga selebriti tempatan — Nadia Annuar, Dayang Areeda dan Fatin Hamimah — turut hadir untuk berinteraksi dan meluangkan masa bersama para pelajar. Kehadiran mereka bukan sahaja mencuri tumpuan, malah menambah keseruan acara apabila mereka berkongsi pengalaman dan pandangan peribadi tentang filem baharu Rangga & Cinta.

Nadia Anuar

Nadia mengakui dirinya tersentuh sepanjang menonton naskhah ini. “Rasa macam flashback balik sebab dulu tengok filem asal masa umur saya baru 18 tahun. Memang kembali ke kenangan manis zaman dulu.”

Dayang Areeda

Sejak tayangan bermula, dewan bergema dengan gelak tawa, sorakan, teriakan dan tepukan spontan — paling hangat ketika babak piano antara Rangga & Cinta muncul. Babak itu juga melekat dalam ingatan Dayang Areeda.

“Babak yang saya tak boleh lupakan ialah masa mereka main piano dan menyanyi bersama. Ada pandangan mata antara mereka, rasa manis sangat, semua orang dalam dewan menjerit, dan saya pun rasa sangat teruja.”

Reaksi daripada penonton muda menunjukkan filem ini berjaya merentas generasi, bukan sahaja membangkitkan nostalgia, tetapi juga menyentuh emosi mereka. “Cerita ni memang comel, sesuai sangat untuk orang yang tengah bercinta. Lagu-lagunya buat kita rasa jatuh cinta semula,” kata seorang pelajar.

Ada juga penonton yang berkongsi pengalaman menonton sehingga sebak. “Ada satu babak yang saya tak boleh lupa. Babak terakhir tu, saya memang tak sangka akan menangis.”

Selain hiburan, penonton muda turut menangkap mesej yang lebih besar daripada kisah ini. “Tak salah nak bercinta, tapi kena ingat orang sekeliling. Kena pandai bahagi masa dan jujur dengan kawan-kawan serta pasangan sendiri.”

Gabungan suasana komuniti, kehadiran selebriti dan reaksi jujur penonton menjadikan tayangan ini sebuah pengalaman yang menyatukan nostalgia dengan perspektif generasi baharu. Rangga & Cinta sekali lagi membuktikan bahawa kisah cinta klasik masih mampu mencetuskan emosi dan meninggalkan kesan mendalam.

Rangga & Cinta kini di pawagam seluruh Malaysia. Rasai sendiri kehangatan cinta dan nostalgia yang menjadikan filem ini begitu istimewa.

Bila dua jiwa bertemu, cinta menemukan nadanya…
Kerana setiap generasi punya Rangga & Cinta mereka sendiri.

Untuk perkembangan dan kandungan eksklusif filem ini, ikuti Primeworks Studios di Facebook, Instagram, X dan YouTube.