6 Sebab Mengapa Sore: Istri Dari Masa Depan Wajib Masuk Dalam Senarai Tontonan Anda!

“Jika aku harus hidup 10,000 kali, kuharap aku akan selalu memilihmu.” Ungkapan penuh makna ini merangkum inti jiwa Sore: Istri Dari Masa Depan, sebuah filem romantis sains fiksyen yang bukan sahaja mencatat lebih 3 juta penonton di Indonesia, malah kini turut menggegarkan pawagam Malaysia pada tahun 2025. Perjalanan cinta yang merentasi masa, penuh kejutan dan emosi, menjadikan karya ini sebuah tontonan wajib untuk pencinta filem romantik.

Plotnya menarik dan unik apabila menggabungkan elemen romantik dan sains fiksyen dalam satu naratif segar. Kisah bermula dengan Jonathan, seorang lelaki biasa yang kehidupannya berubah apabila kemunculan Sore wanita misteri yang mengaku sebagai isterinya dari masa depan. Filem ini membawa penonton menyelami persoalan tentang takdir, pilihan hidup, dan makna cinta sejati yang melangkaui masa. Keindahan jalan ceritanya diperkukuhkan dengan sinematografi memukau, hasil penggambaran di lokasi eksotik seperti Croatia dan Finland serta pencahayaan dramatik yang menjadikan setiap babak bagaikan karya seni.

Selepas meraih kejayaan besar di Indonesia, dengan jutaan penonton serta respons emosional yang menyentuh hati, filem ini kini menemui penonton Malaysia. Gandingan mantap Dion Wiyoko dan Sheila Dara Aisha menghidupkan watak utama dengan chemistry yang sangat kuat, menjadikan setiap detik lakonan terasa tulen dan penuh makna. Runut bunyi “Terbuang Dalam Waktu” nyanyian Barasuara turut memberi kesan mendalam, melengkapkan suasana romantis dan emosi dalam setiap babak penting.

Menariknya lagi, Sore: Istri Dari Masa Depan merupakan versi lanjutan daripada web series popular di YouTube yang telah pun mempunyai peminat setia. Versi filem ini menawarkan pengalaman sinematik yang lebih menyeluruh dan mendalam satu hadiah istimewa untuk penonton lama dan baharu. Filem ini kini ditayangkan di pawagam seluruh negara. Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri kisah cinta luar biasa ini yang pasti menyentuh hati dan meninggalkan kesan mendalam. Untuk perkembangan terkini dan kandungan eksklusif, ikuti kami di Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube Primeworks Studios.