HONOR X9d 5G Sold Out Awal, Jualan Rasmi Bermula 10 Oktober

Siri HONOR X9 terus mendominasi pasaran telefon pintar kelas pertengahan Malaysia apabila model terbaharu, HONOR X9d 5G, mencatat kejayaan luar biasa dengan habis terjual di semua platform sebelum tempoh prapesanan berakhir pada 9 Oktober. Rekod ini sekaligus mengatasi pencapaian model sebelumnya, HONOR X9c 5G, dan mengukuhkan kedudukan X9d 5G sebagai telefon pintar pilihan utama rakyat Malaysia. Walaupun prapesanan rasmi telah ditutup, peranti ini masih boleh didapati melalui Maxis dengan stok terhad.

Kejayaan pantas ini didorong oleh enam penambahbaikan besar yang dibawakan oleh HONOR X9d 5G, termasuk peningkatan ketahanan, prestasi lebih lancar, kapasiti bateri lebih besar serta teknologi perlindungan unggul. HONOR turut memperkenalkan Waranti Perlindungan Kerosakan Cecair 1 Tahun, menjadikannya satu-satunya telefon pintar dalam segmennya dengan perlindungan tambahan ini. Tambahan pula, pakej prapesanan yang menawarkan hadiah eksklusif berupa tablet HONOR Pad X7 telah menjadi tarikan utama pengguna, sekaligus melonjakkan jualan.

Momentum ini akan diteruskan dengan jualan rasmi bermula 10 Oktober 2025, di mana HONOR memperkenalkan tawaran menarik setiap pembelian HONOR X9d 5G akan disertakan dengan jam tangan pintar HONOR Watch 2i secara PERCUMA, bernilai tinggi dan tersedia dalam tempoh terhad berdasarkan konsep first come, first served. Selain itu, pembeli turut menikmati pakej perlindungan bernilai RM946, termasuk Perlindungan Retak Depan dan Belakang 365 Hari, Waranti Lanjutan 1 Tahun dan Waranti Perlindungan Kerosakan Cecair 1 Tahun.

HONOR X9d 5G hadir dengan 24GB RAM (termasuk 12GB HONOR Turbo RAM) + storan 256GB pada harga RM1,499, serta varian storan 512GB berharga RM1,699. Empat pilihan warna ditawarkan – Reddish Brown, Forest Green, Sunrise Gold dan Midnight Black, yang direka untuk gaya moden dan elegan. Bermula 10 Oktober, ia boleh didapati di semua HONOR Experience Store seluruh negara serta di laman web rasmi HONOR Malaysia.

Dengan kombinasi teknologi berprestasi tinggi, reka bentuk elegan serta tawaran aksesori premium, HONOR X9d 5G tampil sebagai telefon pintar kelas pertengahan paling berbaloi untuk rakyat Malaysia. Untuk maklumat lanjut, layari www.honor.com/my.