Peminat pasti teruja dengan pengesahan penyanyi muda berbakat dari Indonesia, Fajar, sebagai artis jemputan khas dalam konsert Bunga Citra Lestari bertajuk “Eternal Love, Timeless Romance” yang akan berlangsung pada 27 September 2025 di Plenary Hall, KLCC.
Selain Fajar, konsert tersebut juga menampilkan persembahan hebat daripada Jaclyn Victor dan Dennis Lau, bersama kehadiran BCL yang pasti memukau penonton.

Tiket boleh dibeli di laman web www.ticket2u.com.my dengan potongan harga 10% menggunakan kod promosi fajarlove atau bcl88sale. Selain itu, pembeli tiket berpeluang menikmati diskaun eksklusif penerbangan dari Malaysia Airlines serta diskaun sehingga RM90 melalui Atome untuk kemudahan pembayaran.
Maklumat Konsert:
- Tarikh: Sabtu, 27 September 2025
- Lokasi: Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre
- Artis: Bunga Citra Lestari, Jaclyn Victor, Dennis Lau, dan Fajar (Artis Jemputan Khas)
- Tiket: Tersedia di www.ticket2u.com.my