Menjelang 21 tahun dalam industri muzik tanah air Indonesia, kumpulan rock popular Kotak terus membuktikan ketahanan mereka. Dalam tempoh lebih dua dekad, kumpulan ini telah melalui pelbagai fasa pertukaran ahli, konflik dalaman, dan kejayaan luar biasa namun “Kerabat Kotak” tetap setia menyokong perjalanan mereka.
Kini, Kotak yang dianggotai oleh Tantri Syalindri Ichlasari, Swasti Sabdastantri (Chua), dan Mario Marcella (Cella), bakal meraikan ulang tahun ke-21 mereka dengan sebuah konsert eksklusif bertajuk Road to 21st Anniversary Kotak x Arda Hatna yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 21 September 2025 (Ahad).
Konsert istimewa ini dibawakan oleh GemaWave, sebuah platform hiburan yang meraikan suara muzik dari Asia Tenggara, dan dianjurkan oleh syarikat pengurusan acara Boomset Planning. Acara ini bukan sekadar persembahan biasa, tetapi sebuah penghargaan terhadap era muzik yang membentuk generasi peminat rock, disulami suasana penuh emosi dan keintiman.
Menurut Syira Yusof dari Boomset Planning:
“Kami tak mahu berikan persembahan biasa. Dengan kehadiran Arda Hatna, konsert ini akan menjadi pengalaman luar biasa buat semua peminat. Road to 21st Anniversary Kotak x Arda Hatna adalah pembuka tirai untuk platform GemaWave kami.”
Arda Hatna, yang juga suami kepada vokalis Kotak, Tantri, serta vokalis kumpulan legenda Naff akan turut serta di pentas ini. Arda terkenal dengan lagu-lagu hit seperti Terendap Laraku, Kau Masih Kekasihku, dan Akhirnya Ku Menemukanmu. Arda juga aktif dengan karya solo seperti Orang Tak Enakkan dan Pelabuhan Terakhir, yang menerima sambutan hangat di kalangan peminat.
Tantri, mewakili Kotak, turut meluahkan rasa teruja untuk kembali ke pentas Malaysia dan bertemu peminat:
“Ini bukan sekadar konsert ulang tahun, ia adalah momen peribadi yang sangat istimewa buat saya dan Arda. Untuk pertama kali kami bergandingan di satu pentas yang sama menyapa peminat dan orang tersayang.”
Beliau turut menambah, “Kenangan bersama kalian takkan pernah ‘Hilang’. Mari kita saling ‘Selalu Cinta’. Sampai jumpa di Kuala Lumpur. Long Live Kotak!”
Maklumat Tiket & Pembelian

Jangan lepaskan peluang menjadi sebahagian daripada momen bersejarah Kotak x Arda Hatna ini! Tiket telah mula dijual di:
Harga Tiket:
- RM198 (Standing)
- RM218 (Gold)
- RM248 (Platinum)
- RM3,888 (Box – VIP)
Tandakan Tarikh:
- Artis: Kotak x Arda Hatna
- Acara: Road to 21st Anniversary
- Lokasi: Zepp Kuala Lumpur
- Tarikh: Ahad, 21 September 2025
- Penganjur: Boomset Planning
Konsert ini dijangka menjadi antara momen terbaik tahun ini buat semua peminat muzik rock Indonesia di Malaysia. Jangan ketinggalan untuk menjadi sebahagian daripadanya! – Tehtariktimes