Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) sekali lagi membuktikan keunggulannya apabila dinobatkan sebagai Pengendali Takaful Terbaik Malaysia Perniagaan Agensi Takaful Keluarga di Takaful Star Awards 2025 anjuran Persatuan Takaful Malaysia (MTA), menandakan kemenangan 12 tahun berturut-turut dalam kategori ini.
Sejak penubuhannya pada tahun 2006, PruBSN terus berkembang pesat dan kekal fokus kepada misinya untuk menyediakan perlindungan patuh Syariah yang mudah diakses oleh rakyat Malaysia. Hari ini, pendekatan syarikat berteraskan pelanggan diterjemahkan melalui matlamatnya “Anda Adalah Inspirasi Kami”.
Komitmen Berterusan Hadapi Cabaran Kesihatan
Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN, Wan Saifulrizal Wan Ismail, berkata pihaknya kekal komited dalam menawarkan perlindungan yang menyeluruh dan mampu milik meskipun berdepan lonjakan kos penjagaan kesihatan dengan inflasi tuntutan perubatan mencatat 16% setahun antara 2021 hingga 2023.
Tahun 2024 menyaksikan RM1.2 bilion dibayar dalam bentuk tuntutan, memperkukuh komitmen PruBSN untuk sentiasa berada di sisi pelanggan ketika mereka paling memerlukan.
Pelbagai Produk Takaful Inklusif dan Adaptif
PruBSN menawarkan pelbagai pelan fleksibel dan menyeluruh seperti PruBSN AnugerahMax, Medik Asas, Health360 dan Crisis TotalCare disesuaikan dengan keperluan kesihatan dan kewangan rakyat Malaysia. Menyedari cabaran masa depan, syarikat turut memperkukuh peranannya dalam menangani risiko kewangan dan fizikal pelanggan melalui inovasi berterusan.
Tunjang Nilai Ta’awun dan Kesejahteraan Sosial
Berteraskan prinsip Ta’awun (tolong-menolong), PruBSN memperkenalkan inisiatif seperti Microtakaful Jariyah yang menyediakan perlindungan percuma kepada ketua keluarga daripada golongan B40. Sejak diperkenalkan, lebih 188,000 individu telah menerima manfaat dengan jumlah tuntutan mencecah hampir RM5 juta.
Pengiktirafan Meluas Industri
Selain merangkul kemenangan utama di Takaful Star Awards 2025, PruBSN turut mencatat kejayaan cemerlang dalam kategori lain apabila membawa pulang beberapa anugerah berprestij termasuk Tempat Pertama bagi Pengurus Agensi Terbaik (Kategori Langsung), Anugerah Khas Agensi/Ejen Terbaik, serta pengiktirafan bagi Pelan Penyakit Kritikal dan Mikrotakaful Terbaik.
Pencapaian PruBSN turut diiktiraf di peringkat serantau menerusi Insurance Asia Awards, Marketing Excellence Awards, dan Asian Experience Awards, memperlihatkan kekuatan kolektif lebih 16,000 Perunding Takaful dan warga kerja syarikat.
Ke Arah Masa Depan Yang Lebih Mampan
Menjelang 2028, kos penjagaan kesihatan dijangka meningkat dua kali ganda. PruBSN komited untuk terus memperkenalkan penyelesaian yang mampan, inklusif, dan bersesuaian dengan keperluan semasa pelanggan melindungi setiap kehidupan, untuk setiap masa depan.