Lotus’s Rimbayu Dibuka Secara Rasmi, Destinasi Beli-Belah Baharu untuk Komuniti

Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) dengan bangganya mengumumkan pembukaan rasmi pasar raya dan pusat beli-belah terbaharu mereka, Lotus’s Rimbayu. Selepas lebih setahun dinanti, destinasi beli-belah moden ini kini sedia menerima kunjungan orang ramai.

Pembinaan pasar raya seluas 6,000 meter persegi ini bermula dengan majlis pecah tanah pada 18 Disember 2023, dan kini ia menjadi kenyataan dengan pelbagai tawaran menarik untuk komuniti setempat. Lotus’s Rimbayu menampilkan rangkaian kedai makanan dan minuman terkenal seperti Kopiholic, BMS Organics & Oat Story, My Mom’s Chicken Rice, Mixue, Gigi Coffee, Empire Sushi, dan banyak lagi, menjadikannya destinasi pilihan untuk makan dan membeli-belah.

Menurut Neil Gurusamy, Pengarah Eksekutif Operasi Lotus’s Malaysia, “Kami komited untuk menjadi pasar raya kejiranan yang menyajikan barangan segar dan berkualiti dalam suasana moden dan mesra pelanggan. Lotus’s Rimbayu direka untuk menjadi pusat pertemuan bagi komuniti di IJM Rimbayu dan kawasan sekitarnya.” Dengan lebih 10,000 produk tempatan dan import ditawarkan, pelanggan pasti mendapat pengalaman beli-belah yang memuaskan.

Terletak di lokasi strategik, pasar raya ini boleh diakses dengan mudah melalui rangkaian lebuh raya utama yang menghubungkan pusat bandar Kuala Lumpur, Subang, Petaling Jaya, Shah Alam, dan kawasan Lembah Klang yang lain. Pembukaan Lotus’s Rimbayu juga menandakan cawangan ke-70 Lotus’s di Malaysia, menunjukkan komitmen mereka untuk menyediakan pengalaman runcit yang luar biasa.

Majlis pembukaan rasmi telah dirasmikan oleh Datuk Tony Ling Thou Lung, Ketua Pegawai Eksekutif IJM Land, bersama Datuk Chai Kian Soon, Ketua Pegawai Operasi IJM Land, serta Saksit Panurach, Ketua Pegawai Eksekutif Lotus’s Malaysia. Selain memperkenalkan pasar raya baharu ini, Lotus’s turut mempamerkan kerjasama mereka dengan Food Aid Foundation melalui inisiatif #KitakanJiran, iaitu usaha menyumbangkan makanan lebihan harian kepada golongan yang memerlukan.

Para wakil media turut dijemput menyertai Media Experiential Hunt untuk meneroka cawangan ini dengan lebih mendalam, menjadikan majlis pelancaran lebih interaktif dan menarik.

Berbagai aktiviti menarik disediakan untuk pelanggan, termasuk ganjaran istimewa dan promosi eksklusif:

Hari Pelancaran (11 Disember 2024):

  • Percuma cetakan foto di photo booth dengan perbelanjaan minimum RM20.
  • Sesi Meet and Greet bersama Chase dan Marshall dari PAW Patrol pada jam 11 pagi, 1 tengah hari, dan 3 petang.

11–15 Disember 2024:

  • Peluang memenangi produk Lotus’s bernilai RM10 bagi 50 pelanggan pertama setiap hari (perbelanjaan minimum RM80).
  • Baucar hadiah RM5 melalui permainan Ring Toss dengan perbelanjaan minimum RM80.
  • Tote bag edisi terhad dengan perbelanjaan RM120.
  • Penyampelan makanan dan minuman secara percuma.

Keistimewaan Ahli My Lotus’s:

  • 7X mata ganjaran My Lotus’s sepanjang hujung minggu Disember ini.
  • Baucar tunai sehingga RM6 untuk pembelian seterusnya (perbelanjaan minimum RM120).
  • Peluang memenangi jongkong emas Poh Kong bernilai RM4,300 atau baucar e-Lotus’s.

Aktiviti Keluarga:

  • Aktiviti seni dan kraf PAW Patrol dengan pembelian minimum barangan PAW Patrol bernilai RM20.
  • Diskaun sehingga 50% di kedai terpilih.
  • Pameran kereta model Chery Omoda 5 dan Tiggo 7.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari laman Facebook rasmi Lotus’s Malaysia di Lotus’s Malaysia. Pastikan anda tidak ketinggalan menikmati tawaran dan aktiviti istimewa di Lotus’s Rimbayu!