KILAUAN EMAS 2024 KEMBALI MEMPERKENALKAN BAKAT OTAI HEBAT

kilauan emas 2024

Astro kembali menghidupkan semangat generasi X dengan mempersembahkan bakat-bakat luar biasa rakyat Malaysia berusia 45 tahun ke atas dalam program realiti legenda, ‘Kilauan Emas 2024’.

Selepas hampir tujuh tahun berdiam diri, program nyanyian kompetitif ini akan kembali menemui peminat setianya di Astro, bermula 14 September 2024. Saksikan setiap Sabtu jam 9 malam di Astro Prima (saluran 105) dan strim melalui On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, Astro GO, dan sooka.

Musim terbaru ‘Kilauan Emas’ kali ini membawa tema ‘Otai Kembali Berbisa’, membuka peluang keemasan bagi para otai tempatan untuk menonjolkan bakat terpendam mereka dalam dunia nyanyian. Tidak hanya sekadar berbakat, para peserta juga memiliki pencapaian unik dan latar belakang yang beragam, menjadikan setiap persembahan penuh warna dan kejutan dalam konsert utama ‘Kilauan Emas 2024’. Sebanyak 12 peserta berbakat telah dipilih melalui sesi uji bakat yang diadakan pada 3 dan 4 Ogos di SACC Mall, Shah Alam.

Ketua Saluran Astro Prima, Norzeha Mohd Salleh, mengungkapkan kegembiraannya, “Kami sangat teruja untuk membawa ‘Kilauan Emas 2024’ kembali ke Astro untuk para penonton dan peminat.

Ramai di luar sana rakyat Malaysia berusia 45 tahun ke atas yang memiliki bakat luar biasa namun belum diberi kesempatan untuk bersinar. Dengan platform ini, kami berharap dapat memberi ruang kepada mereka untuk menonjolkan bakat yang ada.

Musim ini, peserta kami bukan hanya berbakat tetapi juga merupakan ‘unsung heroes’ dalam kisah hidup mereka masing-masing, ingin meneroka dunia nyanyian di tahap yang lebih tinggi.”

Norzeha menambah lagi, “Kami yakin pertandingan seperti ini akan memberi perhatian kepada generasi ini, menonjolkan mereka sebagai individu yang masih berbakat dan berprestasi dalam kehidupan. Dari seniman jalanan hingga bekas anggota tentera, setiap peserta memiliki kehebatan tersendiri. Melalui ‘Kilauan Emas 2024’, kami berharap dapat meningkatkan keyakinan dan semangat mereka, serta menginspirasi bakat-bakat otai yang lain untuk terus mengejar impian mereka.”

Musim terbaru ini menampilkan 12 peserta solo dari seluruh Malaysia, termasuk Sabah, Pulau Pinang, Johor, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, dan Terengganu. Dengan usia peserta antara 46 hingga 68 tahun, musim ini menjanjikan pelbagai bakat yang mengagumkan dan penuh inspirasi.

‘Kilauan Emas 2024′ akan dimeriahkan dengan penampilan Kak Lina Pom Pom sebagai pengacara utama, dan Joey Daud sebagai pengacara belakang pentas & diari Kilauan Emas. Bangku juri pula mengekalkan kehadiran ikon legenda Erra Fazira dan Dato’ Hattan, serta Roy Azman yang akan menambah keunikan setiap episod dengan lawak jenakanya.

Penerbitan ‘Kilauan Emas 2024’ semakin bersinar dengan kerjasama bersama Astro Gempak sebagai rakan digital, serta SINAR dan GEGAR sebagai rakan radio rasmi, memastikan setiap detik pertandingan ini disajikan dengan penuh gemilang kepada penonton.

PENJURIAN & TRIVIA ‘KILAUAN EMAS 2024
  • Persembahan setiap peserta menerusi ‘Kilauan Emas 2024’ akan diadili secara 70% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri professional, 20% daripada juri awam yang merangkumi markah para penonton undangan dan juga 10% daripada undian para penonton di rumah.
  • Juara ‘Kilauan Emas’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM30,000 beserta trofi sumbangan Astro.
  • Para penonton dan peminat boleh mengundi peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan pada setiap minggu secara dalam talian menerusi laman web Astro Gempak.
INFO SIARAN ‘KILAUAN EMAS 2024’

‘Kilauan Emas 2024’ akan bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam selama lapan minggu bermula 14 September 2024, setiap Sabtu, jam 9 malam menerusi Astro Prima (saluran 105). Program ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, aplikasi Astro GO dan sooka.

Persiapan persembahan setiap peserta akan dipaparkan menerusi Diari Kilauan Emas 2024 selama 30 minit setiap jumaat bermula 13 September 2024 dan segala telatah dibalik tabir, perbincangan, latihan di pentas utama dapat disaksikan menerusi Kapsul Kilauan Emas 2024 selama 5 minit setiap minggu dari Selasa hingga Khamis, dibawakan istimewa kepada para penonton dan peminat.

Para penonton turut  boleh mengikuti perkembangan para peserta dengan lebih lanjut dengan menonton Kapsul Uji Bakat Kilauan Emas 2024 pada 27 hingga 31 Ogos, serta Profil Kilauan Emas 2024 pada 9 dan 10 September menerusi Astro Prima (saluran 105).

Selain itu, Thinker Studio turut membawakan kandungan digital seperti  Inspirasi Mini Kilauan Emas, Nostalgia Kilauan Emas dan juga HLive sebagai tontonan tambahan buat para penonton untuk mengimbau kembali sorotan perjalanan program Kilauan Emas musim lalu dan juga perkembangan terkini mengenai peserta musim terbaharu ini.

Dapatkan Pek Astro sekarang dengan tawaran terhad penjimatan 30%* dari hanya RM41.99/sebulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *