4 Bintang Baru CSOIAM Serlah Di Konsert Rossa!

Empat finalis program realiti Calpis Soda One in a Million (CSOIAM) iaitu MaryGrace, Kai Deva, Jimi dan Zazzleen telah diberi penghormatan untuk berkongsi pentas bersama penyanyi tersohor Indonesia, Rossa, dalam konsert mega ‘Rossa Here I Am Concert’ yang akan berlangsung pada 14 Jun 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Mereka terpilih daripada lebih ribuan peserta selepas menempuh lapan minggu penuh cabaran vokal, persembahan duet bersama artis terkenal, dan sesi mentor intensif. Kini di bawah naungan Alternate Records, kehadiran mereka dalam konsert ini menandakan pengiktirafan kukuh terhadap bakat, karisma dan keaslian mereka, serta memperkukuh kedudukan sebagai bintang baharu yang semakin disegani dalam industri muzik.

Konsert ini turut menampilkan barisan artis ternama seperti Ernie Zakri, Ariel, Dipha Barus dan MK K–Clique, menjanjikan malam yang penuh dengan persembahan hebat dan kenangan manis buat penonton.

Bagi peminat yang ingin menyaksikan persembahan istimewa ini secara langsung, tiket boleh didapati melalui platform rasmi Ticket2U. Untuk maklumat lanjut mengenai Alternate Records & Talents, ikuti mereka di Facebook, Instagram @alternate.my_ dan TikTok @alternate.rt_. – Tehtariktimes