ZEISS Portrait Master vivo V60 kini menghampiri bandar anda dan inilah peluang terbaik untuk mencubanya sendiri. Dengan harga bermula hanya RM1,999, telefon pintar flagship potret serba baharu ini menawarkan pengalaman fotografi profesional melalui Kamera Super Telefoto ZEISS 50MP, Potret Zum Telefoto ZEISS 10x sehingga 100x, serta Potret Multifokal ZEISS dengan panjang fokus emas 85mm dan 100mm. Hasilnya, pengguna dapat menikmati gambar dengan kedalaman imej yang menakjubkan, warna semula jadi ZEISS dan perincian yang jelas, semuanya dibalut dalam kemasan Berry Purple yang memukau.
Selain mencuba sendiri kehebatan vivo V60, pengunjung Superday juga boleh menikmati pelbagai aktiviti menyeronokkan. Mereka berpeluang menerima hadiah penyertaan, menyegarkan diri dengan ais krim percuma, menikmati gula kapas gebu, serta bergaya di gerai foto Zsiga bersama maskot comel dari Pop Mart.
Lebih menarik, promosi eksklusif Superday turut menanti anda. Setiap pembelian vivo V60 akan disertakan dengan hadiah percuma, tawaran purchase-with-purchase istimewa, dan Kotak Hadiah Kolaborasi vivo V60 × POP MART Zsiga yang eksklusif untuk setiap unit yang dibeli. Acara ini akan berlangsung di beberapa lokasi iaitu di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur pada 15 hingga 21 September 2025, di 1 Utama Shopping Mall, Selangor pada 16 hingga 21 September 2025, serta di Setia City Mall, Selangor pada 18 hingga 21 September 2025.

Ganjaran istimewa juga menanti pembeli terawal. Seramai 20 pembeli pertama vivo V60 bakal membawa pulang hadiah eksklusif, di mana 10 pembeli terawal akan menerima Kotak Hadiah POP MART Zsiga manakala 10 pembeli seterusnya akan menerima Bagasi Eksklusif vivo V60. Bukan itu sahaja, setiap pembelian mana-mana telefon pintar vivo sepanjang acara ini turut melayakkan anda untuk menyertai cabutan bertuah dengan hadiah bernilai sehingga RM1,500.
Inilah masa terbaik untuk merasai teknologi potret ZEISS yang sebenar sambil menikmati tawaran hebat sepanjang vivo V60 Superday di KL dan Selangor. Jangan lepaskan peluang eksklusif ini untuk memiliki telefon pintar dengan kehebatan fotografi bertaraf profesional!