vivo V60 Lite 5G Rasmi di Malaysia — Prestasi Hebat, Ketahanan Luar Biasa & Kamera Canggih Bermula RM1,199

vivo Malaysia hari ini memperkenalkan vivo V60 Lite 5G, telefon pintar hiburan serba lengkap yang direka khusus untuk gaya hidup moden dengan konsep Hiburan Tanpa Henti. Menggabungkan reka bentuk elegan, prestasi berkuasa dan ketahanan tinggi, peranti ini menawarkan pengalaman menyeluruh untuk pengguna yang aktif, kreatif, dan gemar menikmati hiburan di mana sahaja.

Dari segi reka bentuk, vivo V60 Lite 5G hadir dengan skrin rata ultra nipis yang menampilkan paparan AMOLED 6.77 inci, kadar segar semula 120Hz serta pensijilan HDR10+. Dengan kecerahan sehingga 3000 nits dan nisbah skrin-ke-badan 94.2%, paparan ini menjamin visual yang jelas dan menawan walaupun di bawah cahaya terang. Ditawarkan dalam tiga warna menarik Pop Pink, Titanium Blue, dan Elegant Black bersama modul kamera lut sinar yang moden, peranti ini menyerlahkan gaya sofistikated dan premium.

Untuk prestasi, peranti ini dikuasakan oleh cip MediaTek Dimensity 7360-Turbo (Gaming) berasaskan proses 4nm yang menawarkan peningkatan prestasi keseluruhan sehingga 60%. Dengan CPU 8-teras dan GPU yang 105% lebih berkuasa, pengguna menikmati pengalaman permainan lebih lancar, pelancaran aplikasi pantas, serta multitasking tanpa gangguan. Ia turut dilengkapi RAM 12GB dengan tambahan RAM maya sehingga 12GB dan storan besar 512GB, menjadikan vivo V60 Lite 5G mampu menampung pelbagai aplikasi dan fail multimedia tanpa menjejaskan kelancaran.

Bagi hiburan dan permainan, paparan AMOLED 120Hz digabungkan dengan pembesar suara dwi stereo yang 400% lebih kuat menghasilkan audio dan visual yang imersif. Ciri AI SuperLink serta antena omnidirectional 360° memastikan sambungan rangkaian stabil walaupun dalam kawasan isyarat lemah. Untuk peminat permainan mudah alih, mod Ultra Game Mode menawarkan ciri khas seperti Game Boost Mode, Esports Mode, dan Mistouch Prevention bagi pengalaman permainan yang lancar dan menyeronokkan.

Dari segi fotografi, vivo V60 Lite 5G menampilkan sistem tiga kamera dengan penderia utama 50MP Sony IMX882, kamera sudut lebar 8MP 120°, dan kamera swafoto 32MP HD. Sistem ini disokong oleh teknologi AI Master Aura Light untuk hasil gambar yang lebih jelas dan seimbang. Ciri-ciri seperti AI Erase 3.0, AI Reflection Erase, dan AI Photo Enhance membolehkan pengguna mengedit gambar dengan mudah, manakala AI Four-Season Portrait menambah efek pencahayaan unik mengikut suasana empat musim bagi menghasilkan potret yang bergaya dan semula jadi.

Dari segi ketahanan, peranti ini dilengkapi bateri BlueVolt 6500mAh dengan pengecasan pantas 90W FlashCharge yang mampu mengecas penuh dalam masa hanya 52 minit. Dengan hanya 10 minit pengecasan, pengguna boleh menonton video YouTube selama 6.6 jam atau bermain Free Fire selama 3.6 jam. Bateri ini turut direka untuk mengekalkan kesihatan selama 5 tahun, disokong oleh ciri 24-Dimension Security Protection, Bypass Charging, dan Battery Life Extender.

Ketahanan fizikalnya juga tidak kurang hebat vivo V60 Lite 5G mendapat pensijilan ketenteraan (Military-Grade Certification) serta SGS Five-Star Drop Resistance. Dengan struktur dalaman berlapis dan kaca pelindung khas, ia tahan hentakan serta kalis air dan habuk. Ciri tambahan seperti Wet-Hand Touch, Greasy-Hand Touch, One-Tap Water Ejection, dan One-Tap Dust Ejection memastikan penggunaan yang lancar walaupun dalam keadaan mencabar.

Selain hiburan, vivo turut menambah baik aspek produktiviti melalui integrasi Google Gemini AI. Antara cirinya termasuk AI Captions, AI Smart Call Assistant, AI Note Assist, dan AI Transcript Assist yang membantu pengguna mengurus komunikasi dan tugas dengan lebih cekap. Fungsi Block Spam Calls pula melindungi pengguna daripada panggilan spam dan penipuan, menjadikan pengalaman penggunaan lebih selamat.

Untuk pasaran Malaysia, vivo V60 Lite 5G ditawarkan pada harga RM1,199 bagi varian 8GB + 256GB dan RM1,499 bagi varian 12GB + 512GB. Pra-tempahan kini dibuka dengan hadiah eksklusif bernilai sehingga RM1,199, termasuk vivo Buds percuma, Holiday Vibes Gift Set, waranti lanjutan 1+1 tahun, perlindungan retak skrin 1 tahun, serta waranti penutup belakang 1 tahun. Pembeli juga boleh menikmati pelan ansuran 0% sehingga 24 bulan, diskaun tambahan RM100 melalui Grab PayLater atau sPayLater, serta penjimatan melalui program trade-in.

Untuk maklumat lanjut, layari www.vivo.com/my atau kunjungi vivo Concept Store terdekat hari ini. Dengan gabungan gaya, ketahanan, hiburan dan teknologi AI terkini, vivo V60 Lite 5G membuktikan komitmen vivo dalam memperkaya pengalaman harian pengguna di setiap aspek kehidupan moden.