The Chosen One Xtra : We Listen, We Don’t Judge

Minggu keempat The Chosen One Xtra, dengan tema “We Listen, We Don’t Judge”, menampilkan persembahan yang penuh emosi dan menghiburkan. Barisan juri Dato’ Awie dan Sharifah Sakinah, bersama juri jemputan Datuk Aznil Hj. Nawawi, memberikan komen membina, manakala Nabil Ahmad memeriahkan suasana dengan jenakanya.

Antara persembahan menarik minggu ini, Naqiu + Kumpulan Saputra menyanyikan “Penglipur Lara”, manakala Nikki Palikat membimbing Iman (14) dan Adawiya (13) dengan versi jazz klasik “Fly Me To The Moon”. Tuju & Loca B pula membimbing Elysha (15) dan Fana (17) dengan lagu “Jauhari”, sementara Achey + Rayyan (11) & Dahlya (7) menggabungkan dua lagu “Berjuta Batu” dan “Kita Usahakan Lagi” menjadi satu persembahan unik.

Usop + Alif (12) & Yusuf (13) membawakan “Bukan Niatku” dan “Ada Gajah Dibalik Batu”, menampilkan harmoni mantap. Bagi Namie, beliau membimbing Ayu (14) dan Bella (16) dengan lagu “Bujang Senang” dan “Pawana”, namun kedua-duanya tersingkir minggu ini. Walaupun keputusan mengejutkan, persembahan mereka tetap meninggalkan kesan positif kepada penonton.

Minggu ini menunjukkan bakat muda negara terus berkembang, dengan persembahan yang bukan sahaja menghiburkan tetapi juga memberi inspirasi.

#IRLWeListen #BakatMuda #MusikMenghibur

-Tehtariktimes