Pada 18 Mei 2025, Ejen Ali The Movie 2 bakal ditayangkan serentak di sembilan lokasi pawagam terpilih di seluruh Malaysia, memberi peluang kepada peminat setia untuk menjadi antara penonton pertama yang menyaksikan filem animasi tempatan paling dinanti-nantikan tahun ini.
Tayangan khas ini adalah hasil kerjasama antara WAU Animation, Primeworks Studios, dan Golden Screen Cinemas (GSC), yang terus berusaha untuk meraikan karya animasi tempatan di layar perak. Dengan harga tiket RM40, setiap pembelian bukan sahaja membolehkan anda menonton tayangan awal, tetapi juga menerima lencana butang eksklusif Ejen Ali The Movie 2 dan set kombo popcorn sederhana.
Lokasi tayangan termasuk GSC Mid Valley Megamall, GSC KL East Mall, GSC MyTOWN Kuala Lumpur, GSC Setia City Mall, GSC IOI City Mall Putrajaya, GSC AEON Bandaraya Melaka, GSC Aman Central Alor Setar, dan GSC East Coast Mall Kuantan.
Bagi yang mahukan pengalaman premium, Aurum Theatre di The Exchange TRX turut menawarkan dua slot tayangan khas pada 11:00 pagi dan 1:30 petang, dengan setiap pembelian tiket turut disertakan rantai kunci eksklusif, tiket tayangan, serta snek dan minuman. Lebih menarik, peminat berpeluang bertemu dengan maskot Ejen Ali dan barisan pelakon suara, menjadikan pengalaman ini lebih meriah dan penuh interaksi.

Peminat cosplay juga dijemput untuk menyertai misi ini dengan memakai gear lengkap MATA. Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket, layari laman web GSC atau Aplikasi GSC. Tonton treler rasmi Ejen Ali The Movie 2 di sini: https://youtu.be/5nD1LWmAeKc?si=xPVusg_hDpqzHoTQ. Gunakan #EjenAliTheMovie2 #EATM2 #EjenAli #SatriaBangkit untuk kongsikan pengalaman anda di media sosial!