Sime Darby Auto ConneXion-Ford hari ini melancarkan Ford Mobile Service (FMS), satu perkhidmatan selepas jualan baharu yang membolehkan pelanggan mendapatkan servis penyenggaraan dan baik pulih ringan terus di lokasi pilihan mereka tanpa perlu ke pusat servis. Dilancarkan sebagai program perintis di pengedar Ford Ara Damansara, FMS menawarkan perkhidmatan seperti pertukaran minyak enjin, pemeriksaan berbilang titik, penggantian bateri, pengelap dan penapis semuanya dilakukan oleh juruteknik bertauliah menggunakan alat ganti tulen dan perkakas yang diluluskan Ford.
Menurut Pengarah Urusan Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair, FMS mencerminkan komitmen syarikat untuk meningkatkan kemudahan serta pengalaman pemilikan pelanggan, tanpa menjejaskan kualiti servis.

(Dari kiri ke kanan) Kelly Khor Sin Hoay, Ketua Operasi Runcit Auto ConneXion-Ford; Syed Muhammad Faisal, Ketua Agihan Selepas Jualan Auto ConneXion-Ford; Turse Zuhair Nahason, Pengarah Urusan Auto ConneXion-Ford; Alwyn Foo Hsien Chung, Prinsipal Pengedar Ford Ara Damansara; Khalifah Nor Kamarudin, Pengurus Selepas Jualan Ford Ara Damansara bersama kenderaan Ford Mobile Service yang meningkatkan kemudahan pelanggan.
FMS beroperasi dari Isnin hingga Jumaat dengan empat slot servis harian bermula jam 9:00 pagi hingga 3:30 petang, manakala Sabtu menawarkan dua slot dari 9:00 pagi hingga 11:00 pagi. Tempahan boleh dibuat melalui aplikasi SDM OneGo yang tersedia di Apple App Store dan Google Play Store, atau dengan menghubungi Talian Khidmat Pelanggan di 03-7621 5111. Caj panggilan akan dikenakan untuk lokasi dalam lingkungan 20 kilometer dari Ford Ara Damansara, dan caj tambahan untuk lokasi yang melebihi jarak tersebut.
Sempena pelancaran, Auto ConneXion menawarkan diskaun istimewa untuk yuran tempahan standard bagi tempoh terhad sebagai promosi pengenalan. Perkhidmatan ini akan diperluaskan secara berperingkat ke rangkaian pengedar Ford lain di seluruh negara. Pelancaran FMS bukan sahaja menekankan inovasi dan kecekapan dalam khidmat lepas jualan, malah turut memberi kemudahan tambahan yang menjimatkan masa kepada pelanggan Ford di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, layari https://ford.simemotors.my atau ikuti Ford Malaysia di Facebook, Instagram, X dan YouTube. – Tehtariktimes