
Mendalami Ilmu Agama Dengan Hadis@114 dan Quran@114, Program Islam Terbaru di TV AlHijrah
TV AlHijrah, stesen televisyen Islam terkemuka di Malaysia, dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran program baharu Hadis@114 dan musim terbaharu bagi program popular Quran@114 yang akan membawa penonton lebih dekat dengan ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Kedua-dua program ini bertujuan untuk mengukuhkan pemahaman umat Islam terhadap ajaran Islam yang penuh hikmah dan relevan dengan konteks semasa….