
Konsert For Revenge ‘Perayaan Patah Hati’ Babak 1 Bakal Gegarkan Zepp KL Disember Ini!
Miebird Projects dengan bangganya mempersembahkan konsert “Perayaan Patah Hati” Babak 1: Kuala Lumpur yang akan diadakan pada 6 Disember 2024 bertempat di Zepp Kuala Lumpur, jam 8 malam. Acara ini menampilkan band emo terkenal dari Bandung, Indonesia, for Revenge, dengan sokongan khas daripada kumpulan pop-rock tempatan yang sedang mencipta nama, Insomniacks, sebagai artis jemputan istimewa….