Filem Baharu REVERSI Menutup Tirai 2024 dengan Sentuhan Emosi dan Aksi Sci-Fi
Sebuah karya sinematik yang dinanti-nantikan, REVERSI, arahan pengarah tersohor Adrian Teh, bakal menemui penonton di seluruh Malaysia mulai 19 Disember 2024. Filem ini, yang menggabungkan elemen sains fiksyen, drama, dan perjalanan masa, mengetengahkan tema pengorbanan, penyesalan, dan peluang kedua, menjadikannya filem yang sesuai untuk mengakhiri tahun dengan penuh makna. Diterajui barisan pelakon hebat seperti Beto…