Kolaborasi Pertama Bersama Alternate Records, Adira Suhaimi Hadir dengan Balada Sarat Emosi “Rayu Hatiku”
Penyanyi berkaliber, Adira Suhaimi, kembali menyentuh perasaan pendengar menerusi single terbaharu berjudul Rayu Hatiku, sebuah balada sarat emosi yang dipilih sebagai lagu tema drama terbaharu Samarinda, Bisik Asmara. Mengangkat tema pengorbanan dan harapan yang terpendam, lagu ini hadir sebagai pelengkap sentimen kepada perjalanan emosi watak-watak dalam drama tersebut. Rayu Hatiku menyingkap luahan hati seorang wanita…