Ikon reggae dan penerbit muzik tempatan, Sasi The Don, meraikan satu pencapaian besar dalam kerjaya seninya dengan pelancaran album terbaharu berjudul My Perfect Yard, sempena ulang tahun ke-25 penglibatannya dalam industri muzik tanah air.
Tumpuan utama album ini ialah lagu single terbaharu berjudul Fyre, yang dilancarkan pada 26 September 2025. Lagu ini membawa mesej keberanian, perpaduan dan kekuatan diri, serta menampilkan kolaborasi istimewa bersama Dr. Jerusha Naidoo, seorang doktor perubatan dan penyanyi berbakat dari Afrika Selatan yang kini menetap di Malaysia.
Lebih menarik, video muzik “Fyre” menggabungkan teknologi kecerdasan buatan (AI) melalui kerjasama strategik antara OneDrop Studios dan ArtHart Studios, sekaligus membuktikan bagaimana teknologi moden dapat memperkayakan pengalaman seni visual dalam industri muzik tempatan.

Penghasilan album My Perfect Yard turut menerima sokongan daripada Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures di bawah Dana Kandungan Kreatif (Industri Muzik) Dana Kebolehan Pasaran, yang bertujuan membantu artis tempatan merealisasikan visi kreatif serta memperkukuh kedudukan industri kreatif Malaysia di peringkat antarabangsa.
Bagi menghangatkan lagi pelancaran karya ini, Sasi The Don turut bekerjasama dengan redONE Mobile dalam penghasilan video muzik “Fyre”.
“redONE Mobile sentiasa komited untuk memastikan masyarakat terus berhubung dengan cara yang lebih bermakna. Selain menawarkan pelan pascabayar 5G mampu milik dengan peranti percuma serendah RM68 sebulan, kami juga ingin memberi nilai tambahan dalam kehidupan pelanggan kami. Kolaborasi bersama Sasi The Don untuk video muzik ‘Fyre’ adalah satu langkah ke arah usaha itu, dan kami berbangga dapat memainkan peranan dalam meraikan muzik, budaya serta semangat perpaduan,” jelas Ameen Amaendran, Ketua Pegawai Eksekutif redONE Mobile.
Selain redONE Mobile, Sony Music Malaysia turut memberikan sokongan penuh untuk memastikan karya Sasi The Don dapat mencapai peminat di seluruh rantau dan peringkat antarabangsa. Bagi Sasi The Don, album ini bukan sekadar menandakan 25 tahun perjalanan seninya, tetapi juga menjadi simbol kekuatan muzik sebagai medium penyatuan dan inspirasi merentas generasi serta budaya.
Dengan kerjasama dan sokongan Sony Music Malaysia, album My Perfect Yard dijadualkan memasuki pasaran pada pertengahan November 2025. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, layari www.sasithedon.com.