Revolusi Pembelajaran Digital Bersama TV Tuisyen di Tonton

Dunia pendidikan Malaysia melakar sejarah baharu dengan pelancaran rasmi TV Tuisyen di Tonton, platform penstriman nombor satu negara. Inisiatif ini menjadi revolusi pendidikan digital untuk pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 dengan menawarkan pengalaman pembelajaran berstruktur, menyeronokkan, mudah diakses dan mampu milik.

Melalui TV Tuisyen, pelajar kini boleh menikmati ribuan kandungan pembelajaran on-demand merangkumi 13 subjek utama KSSM termasuk Matematik, Sains, Sejarah, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Kimia, Biologi dan lain-lain. Setiap topik disokong dengan nota, latihan, kuiz interaktif serta dibimbing oleh guru berpengalaman dan barisan selebriti popular seperti Fendy Bakry, Aniq Suhair, Elisya Sandha, Alvin Chong dan ramai lagi.

Berbeza daripada video pembelajaran biasa, TV Tuisyen menampilkan pendekatan dinamik dengan gabungan ilmu, kredibiliti akademik dan hiburan bagi menjadikan proses belajar lebih dekat di hati pelajar. Selain itu, platform ini turut memberi manfaat kepada ibu bapa yang mahukan sokongan akademik tambahan, serta guru yang memerlukan bahan pengajaran tambahan untuk kelas.

Menariknya, semua kandungan boleh diakses melalui pelbagai peranti seperti telefon pintar, tablet, komputer riba dan TV pintar. Dengan hanya RM9.90 sebulan, pelajar sudah boleh melanggan, manakala pakej 3 bulan dan 12 bulan ditawarkan pada harga RM29.70 dan RM118.80.

TV Tuisyen bukan sekadar platform digital, tetapi satu gerakan pendidikan nasional yang membantu merapatkan jurang pendidikan dan menyokong aspirasi negara melahirkan pelajar cemerlang. Dengan slogan “Belajar di Tonton, Bijak Sampai Lulus!”, TV Tuisyen membuktikan bahawa pembelajaran kini boleh berlaku di mana sahaja, pada bila-bila masa.