‘Project Universe’: Dunia Sinematik Baharu oleh Astro Shaw untuk Peminat Kisah Remaja

project universe

Astro Shaw mengambil langkah besar dengan melancarkan Project Universe, sebuah dunia sinematik yang menyatukan kisah-kisah remaja dalam genre coming-of-age. Selepas kejayaan siri Project: High Council, dunia sinematik ini akan menghimpunkan naskhah popular seperti Project: Anchor SPM, Project: High Council, Project: Exit, dan filem terbaru, Kahar: Kapla High Council. Prekuel ini membawa kisah asal watak Kahar, ikonik dari siri Project: High Council, dan dijadualkan tayangannya pada November ini.

“Selepas sambutan luar biasa terhadap Project: High Council, kami mahu membawa penonton ke dalam Project Universe, satu pengalaman sinematik yang menyelami kisah-kisah remaja serta isu sosial yang memberi makna mendalam. Kami yakin dunia baharu ini akan mendekatkan peminat dengan watak-watak ikonik yang tercipta.”  kata, Penerbit Eksekutif dan Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad.

Di majlis pelancaran Project Universe di Setia City Mall, Shah Alam, peminat berpeluang menyaksikan treler rasmi dan poster filem Kahar: Kapla High Council serta bertemu para pelakon seperti Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, dan Sky Iskandar. Selain itu, Festival Project pada 26-27 Oktober di lokasi yang sama akan menampilkan pelbagai aktiviti menarik, termasuk sesi ramah mesra bersama pelakon, hadiah eksklusif, dan permainan interaktif untuk para peminat.

Astro Shaw juga mengumumkan siri jelajah Kahar: Kapla High Council yang akan meliputi pawagam di seluruh negara, termasuk Kedah, Penang, Perak, Johor, Melaka, Pahang, dan Terengganu sepanjang November dan Disember. Peminat yang ingin memiliki cenderahati eksklusif bertemakan filem ini boleh mendapatkan merchandise seperti hoodie, tote bag, baju-t, dan enamel pins di Gempak Official Store di Shopee.

Untuk melengkapkan pengalaman Project Universe, Luck Bros Kopi menawarkan menu bertemakan filem ini seperti Nasi Goreng Kudrat dan Nasi Lemak Panggung, lengkap dengan pembungkusan khas. Setiap hidangan dilengkapi cabutan bertuah yang memberikan peluang kepada peminat untuk memenangi tiket malam gala filem.

Project Universe bukan sahaja fokus kepada hiburan tetapi juga membawa mesej kesedaran sosial melalui kempen anti buli dan keganasan, hasil kerjasama dengan Mental Illness Awareness & Support Association (MIASA Malaysia) dan Malaysia Crime Prevention Foundation (MCPF). Pada hari pertama tayangan filem Kahar: Kapla High Council, video pesanan khidmat masyarakat akan disiarkan serentak di radio, televisyen, dan papan iklan sekitar Lembah Klang. Para pelakon juga akan mengambil alih tugas sebagai DJ jemputan di stesen radio Era.

Penonton juga dapat menikmati program khas berdurasi 30 minit tentang perjalanan penghasilan Kahar: Kapla High Council yang boleh diakses di On Demand, Astro Go, dan saluran pop-up Kahar: Kapla High Council (Saluran 111) bermula 11 November. Untuk lebih banyak info, klip eksklusif, dan gambar menarik, layari laman rasmi Project Universe di https://www.highcouncil.com.my.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan Kahar: Kapla High Council di pawagam mulai 28 November. Nantikan lebih banyak pengumuman di media sosial Astro Shaw dan Astro Gempak dengan #KaharKaplaHighCouncil #StopViolence #StopBully.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *