Persaingan Semakin Sengit di Minggu Kedua CSOIAM

Episod kedua Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) kembali mencuri tumpuan dengan kejutan luar biasa yang terus mencipta fenomena dalam dunia hiburan tanah air. Dikenali dengan kehebatannya menyajikan persembahan berkualiti, episod kali ini menjanjikan malam penuh magis dan aksi luar biasa yang bakal terpahat di hati peminat muzik tanah air.

Mengangkat tema Melodi Indah, Segar Membara, malam ini pentas CSOIAM akan disemarakkan dengan persembahan pembukaan ikonik daripada Dayang Nurfaizah. Lagu-lagu popular seperti Hakikat Cinta dan Lemah yang dinyanyikannya pasti menyentuh emosi para penonton. Seterusnya, episod ini akan menyaksikan gabungan epik antara Kai Deva, pemenang Terpaling Fizz episod pertama, bersama legenda rock tanah air, Dato’ Nash, menerusi lagu ikonik Pada Syurga Di Wajahmu. Gabungan suara generasi baharu dan legenda ini menjanjikan momen yang penuh emosi dan keajaiban.

Tidak hanya itu, kehadiran juri jemputan bertaraf antarabangsa, Yuna, turut memanaskan pentas. Bersama panel juri tetap Dato’ Yusry Abdul Halim, Ziana Zain, dan Cakra Khan, kombinasi ini mencipta medan epik buat para peserta menyerlahkan bakat masing-masing. Kehebatan para juri dengan komen membina serta aura memukau akan menjadikan episod ini sebagai antara yang paling dinanti-nantikan.

Senarai Persembahan Top 14 Peserta CSOIAM

Minggu ini menyaksikan peserta Top 14 membawa lagu-lagu yang pernah menjadi kegemaran ramai, diberikan nafas baharu yang lebih segar:

  1. Trio XLKhayalan
  2. ErfarinaTeringin
  3. Rezza ShahTiara
  4. MariamDi Persimpangan Dilema
  5. AniqSeribu Impian
  6. Alya MardienJanji Manismu
  7. DhaniaSekadar Di Pinggiran
  8. Kai Deva & Dato’ NashPada Syurga Di Wajahmu
  9. ZazzleenAku Cinta Padamu
  10. MarygraceSepi Sekuntum Mawar Merah
  11. JimiDi Penjara Janji
  12. Dayang Ku IffahElegi Sepi
  13. Hafiz ZainalRelaku Pujuk
  14. Eylia GuntabidHanya Di Mata

Episod kedua ini juga menandakan bermulanya undian rasmi bagi CSOIAM, di mana gabungan 60% markah juri profesional dan 40% undian penonton akan menentukan perjalanan setiap peserta hingga episod kelapan.

Cara Mudah Mengundi:

  • Daftar di Tonton dan dapatkan 10 undian percuma untuk pengguna baharu.
  • Pengguna sedia ada juga menerima tambahan 10 undian percuma setiap minggu.
  • Beli produk Calpis di Shopee dan tebus baucar eksklusif untuk tambahan 50 undian bagi setiap pembelian.

Undian anda mampu menentukan nasib para peserta CSOIAM, jadi pastikan anda mengambil bahagian untuk mengundi peserta kegemaran anda!

Selain itu, jangan ketinggalan mengikuti sorotan eksklusif dalam Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal, bermula 26 Disember 2024 hingga 8 Februari 2025, setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam. Program ini membawa anda menyelami cabaran dan dedikasi para peserta sepanjang pertandingan.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan siaran langsung episod kedua CSOIAM yang penuh kejutan ini, jam 9.00 malam di TV3 atau strim secara HD di Tonton. Ikuti perkembangan terkini di media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag #OIAM untuk terus menyokong fenomena luar biasa ini.